Pages

About Me

My photo
kepala batas, penang, Malaysia
22 dan masih bujang..meh la masuk meminang..hantaran honda jazz sejibik dahler..

Saturday, April 27, 2019

Umrah Pertama Kali (2019)


Preparation :
1. Kena pergi kursus umrah. Tapi, selalu tiap ahad pergi kursus haji free dekat masjid bertam je hahaha
2. Rasa macam tak cukup so kena banyak bergaul dengan orang yang dah ada experience pergi umrah.
3. Tengok Utube Ustaz Shamsuri very helpful okay kawan kawan.
4. Duit yang mencukupi. Untuk kali pertama ni pergi dengan pakej Zayyan cost MYR 7000.00 plus .
5. I bawa duit membeli belah 1000 riyal (balance bawa balik dalam 400 riyal)

Rukun Umrah
1. Niat di Miqat
2. Tawaf
3. Saei
4. Bercukur
5. Tertib

Madinah

Kami pergi Madinah dulu. Kali pertama nampak menara Masjid Nabawi dalam bas rasa nak penampar je muka sebab tak percaya. hahaha

Tiba waktu malam dan solat di hotel sebab penat flight 8 jam. Subuh keesok kannya baru bermula dan kali pertama tengok bumbung bumbung dekat luar Masjid Nabawi terbuka. Indah sangat !

Selalunya solat subuh pergi pukul 4.00am lepastu balik breakfast. Then, pukul 10.00am pergi semula untuk solat dhuha then lepak masjid sampai zuhur. Balik untuk lunch, then akan lepak masjid sampai Isyak. Selalunya pukul 9.30pm Farhana Ibrahim dah membuta hahaha

Aktiviti bebas selalunya luangkan masa dengan mengaji, berselawat dan bermain dengan kanak kanak hahaha. Sebab dekat Madinah banyak okay baby comel I is tak tahan.

Tengah mengaji dia boleh merangkak atas I ajak main main. Geram ok.

Raudah , taman syurga. Berpeluang dua kali solat dalam Raudah. Kali pertama dengan geng Umrah dan kali kedua hanya dengan Mama. Tak dapat pergi tiap hari atas sebab Mama tak berapa sihat and kuat.

Tak terbayang berebut rebut dengan beratus manusia untuk solat dalam Raudah. Jatuh, kena tolak tu memang normal. Tapi paling sedih bila tengok orang tolak Mama and jatuh.

Rezeki, Allah hantar seorang hamba Allah yang baik hatinya jagakan kami dua untuk solat. Lepas je solat terus peluk dia sambil cakap "syukran" . Terharuuuuuuuuuuu sangat okay.

Dan mata membajiri. Rindunya pada Nabi Muhammad.

Antara tempat yang di lawati di Madinah ( 5 hari di Madinah)
Masjid Quba, Masjid Qiblatain , Bukit Uhud dan Ladang Kurma

Mekah

Tiba lebih kurang tengah malam (12 - 1.00am) . Dah berniat Umrah dan dalam ihram. Sampai hotel letak barang dan terus tunaikan ibadah Umrah pertama.

Kali pertama pandang Kaabah, sama juga tak percaya. Syukur, sebab nampak. Takut tak nampak sebab banyak dosa Farhana kan.

Semuanya berjalan lancar lebih kurang 4 jam Umrah pertama selesai dan tunggu untuk solat subuh kali pertamanya di bumi Mekah. Tak percaya !

Hari- hari yang indah. Setiap masa terasa indah. Mata meliar liar mencari Kaabah sentiasa. Bila dah nampak sengih sengih suka. Hahahaha

kalau ternampak pak arab kacak ohh itu sengih juga . alamak

Paling seronok bila dapat solat nampak Kaabah. Nak dapat depan Kaabah tu susah sangat okay. Kalau dapat tempat solat nampak Kaabah pon dah bahagia.

Selama ni kita solat menghadap kiblat tapi tak nampak Kaabah. Tapi, bila solat Kaabah depan mata perasaannya macam susah nak describe. Nikmat !

Sama juga aktiviti di Mekah. Di habiskan dengan mengaji, selawat dan solat sunat. Balik untuk brekafast and lunch je yang lain waktu lepak masjid je

Antara tempat yang di lawati di Madinah ( 6 hari di Mekah)
Jabar Thur, Jabar Nur, Jabar Rahmah, Mina dan Ja'ranah, Hudaibiyah, Gua Hiraq

Berpeluang panjat Gua Hiraq, tak terbayang zaman Rasullullah dulu. Ye memenatkan tapi masih survived boleh solat full di masjid okay. Hahaha naseb baik

Berjaya menunaikan ibadah Umrah 2 kali untuk diri sendiri dan 1 kali untuk abah tersayang.

Semuanya indah indah belaka. Takde ujian yang pelik Allah turunkan untuk seketul Farhana. Cuma terkena sakit mata, berhingus, dan batuk teruk hari terakhir di bumi Madinah dan berterusan beberapa hari di Mekah.

Terima Kasih Allah untuk ini.
Rasa tak nak balik sebab tenang nya dekat sana taktahu nak describe dan semuanya indah indah belaka.

Thanks Mama pinjamkan duit (padahal nak sponser I taknak). So sekarang I bayar monthly hahaha lega takde interest.

Thanks abangku Abang Mae mutawif dan mahram yang hebat.

So here my favorite pictures during my Umrah


Our first selfie after Subuh at Masjid Nabawi
My mama
Mama play with Harun. Yang ni rajin panjat I masa mengaji haha

Lepastu lupa hari apa tarikh apa hahaha

Last selfie before tawaf wida


Sunday, September 30, 2018

Pulau Song Song

Masa nak pergi sini aku memang tak letak high expectation sebab Kedah jee kot. Batu Feringgi sekarang pon air dah macam teh ais. 

Pulau ni takde chalet, takde penduduk sebab dulu jadi tempat latihan menembak. Lepas je orang bersihkan dari peluru peluru tu baru ada orang datang.

Dengan kos RM80 (include snorkeling equipement, makan, tour & boat) memang berbaloi . Part snorkeling tu sama macam laut dekat Perhentian. Ikan nemo pun ada,coral dan air laut sangat cantikkkkkkkk okay.

Bayang jelah pergi Pulau Perhentian aku habiskan RM500 tapi ini RM80 je. Sanagt berbaloi la untuk aku. 

1 day trip - RM80/person , satu boat 10 orang (akan ada group lain sekali dengan kita dalam satu boat)

8.30 am - Jumpa di meeting point dan bertolak ke Jeti (Yan, Kedah)
11.30 am - Sepatutnya 9.00am tapi air surut so kena tunggu lama sikit.

Perjalanan lebih kurang 20 minit naik boat ke pulau. Dah sampai sana kita akan gotong royong sikit pasang khemah and tempat berteduh . 

Lepastu terus aktiviti bebas. Suka hati hang nak buat apa . Sampai je kami terus terjun laut dan mula snorkeling.

Okay ini lain sikit macam perhentian. Sebab dia tak humban kita tengah laut. Ini kita yang berenang sendiri sampai ke tengah laut.

Tapi still puas hati sebab laut dia sangat cantik. Walaupun tak reti berenang tapi okay sebab ada life jacket.

Lepastu berhenti jap makan . Part makan best sebab Mat Dan (orang yang bawa) dia bagi makan nasi.
Sedappp and kenyang. Orang lain pon ada bawa makanan ringan and sandwish macam tu so kita boleh tukar tukar. 

Mat Dan ni bagus dia punya service. Sebab bawa makanan banyak lepastu rajin pergi cari siput and main bakar bakar dekat situ. Orang lain ada yang pancing ikan pon share sekali makan sama sama hasil memancing. Bukan nasi je dia bawa makanan merepek lain, air manis pon ada. Baguslah macam aku, sebab pergi tangan kosong hahaha so semua benda aku bedal.

Lepak lepak borak, tidur, nak terjun laut selang 2 minit pon tiada sapa kisah. Sebabtu aku rasa best sebab seharian boleh buat apa benda yang hang suka.

5.30 pm - Mat Dan akan bawa group kita snorkeling. Part ni best sebab dia akan bawa tempat yang ada macam macam jenis ikan and corals yang lawa. Yang paling best dia ada Gopro so dia akan ambil gambar hang banyak gila. Baguslah sebab aku memang tak rajin nak bawa phone masuk laut dah (trauma kes Perhentian haritu hahaha). 

Macam biasalah benda benda yang aku taknak suka jadi . Macam kaki cramp di tengah laut. Naseb baik Mat Dan berada di sisi selamatkan aku. hahaha kalau dia takda pon aku akan menjerit sekuat hati rasanya adui

Time hang snorkeling sendiri tanpa dia pon hang boleh rembat Gopro tu. Dia tak kisah pon hahaha.

6.30pm - naik bot dan balik jeti

Part yang tak best sikit, air laut dia memang lawa macam Perhentian (aku boleh compare dengan Perhentian sebab itu je pulau cantik aku pernah pergi) pulau dia kotor sampah banyak .

Munkin sebab ramai yang datang and tak jaga kebersihan. Rasa nak buat proposal ajak kilang aku pergi buat CSR je dekat sini hahaha.

Facilities dia teruk sebab tempat tinggalan kan . Dont expect too much dekat sini sebab memang teruk. Tapi toilet and surau masih ada tapi menakutkannnn sikit ngeh ngeh.

Sebab laut dia cantik dapatlah menutupi benda benda yang teruk tu. Team kami memang plan setiap bulan nak datang sini so jum la join. 

p/s : gambar takde sebab Mat Dan tak bagi lagi dari gopro dia. Gambar phone sendiri banyak selfie kang muntah pula tengok banyak banyak hahaha. Boleh google sendiri Pulau Song Song kalau tak percaya lawa ke tak .






Friday, September 28, 2018

Cambodia (Part 2)

Day 7 @ Angkor Wat

First Place : Angkor Wat

Bangun awal pagi around 4.30am and get ready for the next battle kahkahkah.
Sosyan bawa kami pergi Angkor Wat tengok sunrise yang tak muncul muncul then other temple . So, dia akan drop off dekat parking (wait for you) .

Part challenging kena berjalan and memanjat temple banyak sangat. So pakai lah pakaian yang selesa seperti seluar gajah. Then, sebab kami tak beli simkad so memang takdapat contact driver. Pasrah je cari Sosyan yang bersenang lenang lena dalam hamouk dahla tergantung elok dalam tuktuk. Bahagia sangat .

Ketiak dah melecet habis cari dia dekat parking naseb baik hulur mineral water sejukkk (air free dia bagi )

Boleh refer gambar bawah ni. Ini tempat yang dia akan bawa kita. Tapi semua temple ni jauh jauh okay. Kalau lapar bagitahu nanti dia bawak pergi makan .

Dekat sini sampai pkul 12.30pm je sebab dah penat sangat dari 5am kot. Lepastu balik solat, mandi and tidolahhhh apa lagik hahaha.



Second Place - Pub Street

Maghrib 6.30pm . weh seronok sangat solat masuk awal lepastu sebab boleh jamak lagi kan hahahaha. 

Sebab hostel memang dekat situ so jalan kaki jee . Apa yang best? shopping dia best and murah sangat. Tips nak shopping ?

minta diskaun 50%-70% kalau dia taknak bagi. Hang patah balik and merajuk so akan dapat murah. yeahhhhh

Shopping banyak tapi murah. Sini best beli sourvenier semua. Dengan durian pon kami bedal.

Malam makan kebap & durian je sebab itu gerai je yang halal lepak dekat rooftop hostel. Hampir juga termakan babi sebab peniaga tu cakap its halal halal pig pig. 

Naseb sempat selamatkan diri dan beristigfar. 


Day 8 @ Malaysia

Bangun awal sebab flight pagi. Breakfast pancake dekat hostel je. Pancake dia sedap sangat tolong share 2 orang makan sebab besar and gebu. 

Then, Sosyan pun datang ambil dekat hostel and hantar ke airport. Maka, tamatlah percutian 2018 Farhana Ibrahim.

Total hangus RM2200 include all costs. 




Monday, September 17, 2018

Cambodia (Part 1)

Day 6 @ Siem Reap,

Bangun awal pagi sebab flight pukul 10am . Ambil uber pergi airport
AirAsia (DMK - Siem Reap)

* Most of people akan ambil train je masuk Cambodia tapi sebab train 5.55am lepastu journey 8 hours plus kami ambil flight je sebab kekangan masa gitu.

Tips *

Dekat Cambodia kami ada driver tuktuk ini memang HIGHLY recommended. 
FB : Safy Angkor Wat  (3 days hanya 20usd for 3 person murah sangat kan) driver pula pandai cakap melayu sebab pernah stay dekat Malaysia 7 years then dia akan bawak tempat makan muslim yang sedap and murah and berbeza beza restaurant.

Just to inform, Cambodia guna 2 currency aku just tukar 150usd je untuk 3 days . Yang tak best kita akan dapat balance dalam riel .

Visit Cambodia dalam December - February sebab masa tu cuaca dia okay. Masa kami pergi Lotus Farm pon tak berbunga and hujan tak dapat tengok sunset dengan sunrise .

First Place - One Stop Hostel
HIGHLY recommend sebab hospitality dia memang 5 stars. 
sebab takboleh lagi check - in so letak beg dulu

Second Place - Lotus Farm (50 cents usd)

Lepak sini dalam 1 hour sebab kemurungan tengok lotus tak berbunga hahahaha. Lepastu Sosyan (driver) bawa makan Muslim Restaurant . Menu Lembu Naik Bukit wajib cuba okay .

Then, check-in hostel. 

Third place - Sunset at Phnom Bakheng (free)

Pergi beli tiket Angkor Wat (37usd) untuk tengok sunset & still can use the ticket for the next day. 

Kena hiking (penat juga) baru sampai temple tu then, lepak dalam 1 hour je lpastu kemurungan sunset takde sebab cloudy day. 

Next place - Siem Reap Phare' Circuis (18usd seat C paling cheapest)

Tiket kena beli awal sebab Circuis ni TERSANGAT lah best and funny . 
Then, Sosyan bawa makan Muslim Family Kitchen . Range price 3-3.5usd je nasi goreng . Sedap kenyang.

Lepastu balik tido. Sebab esok kena bangun awal ke Angkor Wat. yuhuuu




Saturday, September 15, 2018

Bangkok (Part 2)

Day 3 @ Maeklong Railway Station 

First Place - Maeklong Railway Station

Ini sebab kenapa aku nak sangat pergi Thailand. Sebab nak tengok macam mana train tu boleh wujud dalam crowd market .

Lebih kurang 8.00 am kami bangun and siap siap pergi Maeklong. (Journey around 1 hour +)
Makanan halal memang susah cari bagi kami. Selalunya breakfast pergi 7e beli roti/biskut/coffee/susu macam tu je la.

So dari hostel ke Maeklong tu kami ambil bas pergi Sai Tai Mai station. Lepastu ambil minivan pula untuk ke Maeklong . (sorry dah lupa harga tapi murah je)

Kena tahu train arrial times - 3 times only dia akan melalui market tu
8.30am , 11.30am & 2.30pm

So, kami berjaya tengok yang 11.30am punya.. muka peniaga dekat situ macam menyampah giler dekat tourist hahaha. tapi aku tersangatlah excited okay bila train tu lalu depan muka. (tolong jangan imagine how i look) .

Dekat situ macam macam sangat jual okay. Tapi kami beli seluar gajah je hahaha.

Second Place - Floating Market Damneon Saduak.

Part pergi sini paling paling challenging . Dari Maeklong naik tuktuk besar (i dunno apa nama saintifik dia tapi boleh naik 8 orang) . Okay dia akan hantar dekat satu tempat yang macam ada tourist guide & package untuk pergi floating market tu.

Just be careful JANGAN pergi sebab dekat situ hang boleh habis 1000bath and more . So berjalan je kaki dalam 1.5km sampai ke floating market tu . Sampai situ baru beli tiket untuk naik boat ke floating market . Kalau tak salah dalam 100-150bath je murah sangat okay.

tapi melecak lah ketiak hang lepas berjalan 1.5km hahaha. Susah sangat cari halal food kami just makan aiskrim and beli pulut mangga.

Then, balik ke Bangkok. Transport naik grabcar (ke Maeklong semula) , lpastu ambil minivan lepastu ambil BTS untuk balik Bangkok . Sorry aku dah lupa banyak nanti pandailah hang survived hahaha

Next place - Terminal 21 , SIAM Paragon

Lepastu lepak mall je . Terminal 21 WAJIB pergi sebab mall dia cool giler setiap level berbeza negara. Takde beli apa just masuk toilet sebab lawa sangat okay. Paling lawa istanbul hahaha.

SIAM Paragon tempat ongkaya masani kami just hidup udara segar je.

Then, balik Bangkok area hostel kami tu ada night market and makanan HALAL . Finally dapat makan lepastu balik hostel tidur.


Day 4 @ Safari World, Bangkok

First place - Safari World

Ticket : Beli dekat Klook.com . Kalau dapat jumpa coupon diskaun lagi akan murah ok.
Pergi sana dari 8.00am balik dalam 3.30pm .
*Tips :
1) Beli tiket yang ini : Single Day Pass (Safari Park + Marine Park admission ticket)
2) Jangan lupa ambil safari couch tour & ambil meeting point
3) Breakfast sesiap sebab dalam sana susah nak cari Halal food.

kami lupa ambil meeting point . So, terpaksa naik grab car pergi sana . Kisahnya, mostly grab car taknak bawa sebab dah beli tiket sesiap . If tak beli lagi, dorang boleh tolong bawa kita masuk dalam safari and tiket lebih murah (im not sure how much) .

- Safari world bukan macam Zoo kawan kawan ye sebab binatang akan berkeliaran bukan dalam sangkar. Kita akan naik bas dan pusing pusing kawasan safari park tu. Dapat tengok harimau gemok gemok rasa nak turun bas pergi peluk .

- Marine Park baru ada binatang dalam sangkar . tapi binatang dia banyak sangat okay. Buaya dia ada dalam doploh lima ekor . Then, ada doplhin show, elephant show , sealion show and spy war show. Semua show best sangat okay .

- Then balik ambil grab car pergi Fashion Island Mall

Day 5 @ Wat Arun,Grand Palace, Wat Pho (Last Day)

Selamat Hari Raya Aidiladha ! 

First Place - Ambil tuktuk suruh hantar ke Chao Phraya Tourist Boat
Di pagi hari raya yang indah dah kena scam dengan tuktuk 200bath .

Kami ambil 1 day river pass (180bath) so boleh la pergi semua wat tu sampai petang.

1) Wat Arun - masuk free je
2) Grand Palace - 500 bath so kami tak masuk sebab mahal and besar sangat so ambil gambar dekat luar je tak kena duit .
3) Wat Pho - 100bath .

Macam mana nak gerak dari Grand Palace ke Wat Pho? yeah dengan berjalan kaki okay hahaha.
Jauh juga tapi dah kena tipu dengan tuktuk penat jalan okay lagi

Lebih kurang 3.30pm balik hostel tukar baju (sebab pakai baju kurung) gigih sangat okay.
Jalan kaki je pergi Platinum Mall . Good luck untuk habiskan duit tapi takdelah murah sangat . Mahal je kot.

Dekat area situ ada macam night market so boleh beli souvenier. Settle shopping balik makan dekat area hostel.

Bye Bangkok.




Saturday, September 8, 2018

Bangkok (Part 1)

Day 1 @ BKK Airport

Pen - KL (Malindo ) - Total RM124.02 (return)
KL- Bangkok Suvarnabhumi (MAS)
Seam Reap  - Kl - Total RM502.10
Travel insurance AXA SmartTraveller - RM39

Arrived BKK airport around 11.30pm . Airport sana nak sleepover selamat tak macam Changi Airport buka je mata senapang depan muka hahaha.

Aku siap tinggalkan phone aku untuk charge and tido sampai ke subuh. Naseb telepon pandai jaga diri sendiri .

Simcard dah ada rembat orang punya just topap 200bath . Guna sim dtac dekat airport ada booth so kalau nak beli boleh juga kot.

Day 2 @ Hua Hin

6.30am kami tercangak tunggu driver depan airport . Pukul 7.00am dia baru munculkan diri. Bab driver memang taknak recommend lansung. English out so kami ada masalah communication dengan dia.

Walaupun macam itik dan ayam. Dia berjaya jadi driver kami untuk satu hari . Total 3500bath untuk 3 orang. Bangkok ke Hua Hin jauh juga lebih kurang 2 jam. Better tido sana tapi kami dah book Coop Hostel (dekat Bangkok) for 4 days so dah its too latee to apologizeee.

First place - The Venezia Hua Hin
Tiket - 180 bath/person (cover 2,4,7,8)

*tips dia ambil je paling murah walaupun dia akan trick untuk ambil yang mahal sebab boleh visit banyak tempat dalam tu. Jangan tergoda dengan ajakan awek Thai tersebut.

Second place - Plearn Wan
Masuk free . Ada banyak jual makanan (pandai pandai la pilih Halal food) . Terhibur la sebab masuk masuk tu ada geng menyanyi so boleh la join joget kalau nak. Kalau taknak just makan aiskrim and pancakes hitam macam kami.

Third place - Seenspace Hua Hin
Masuk free . Tempat lepak cantik elok pergi petang petang sebab dia ada beach . Dekat sini kami just lepak and hidu bau pantai Hua Hin . kakaka

Fourth place - Santorini Park
Tiket - 150bath/person (entrance + one ride roller coaster 7D)
Sini tempat dia nice untuk melepak juga. Yang best ada surau so boleh la kembali ke jalan yang lurus pandai pandai la cari sebab kawasan dia terbuka hahaha.

free ride tu memang gilerr. aku jerit nak terkeluar anak tekak. naseb anak tudung masih di kepala. syukur

Next place - Cicada Market
Kena beli kupon macam hari kokurikulum sekolah dulu . Halal food ada walaupun tak banyak. Pandai lah cari dont give up ok. Memang nampak tempting semua makanan kena kawal napsu dan hati hati semasa mencari.

* selain makanan ada jual juga benda lain. So aku dah terhabis 80bath beli selipar sebab terlupa bawa. benda lain macam mahal so tak beli.

Last place - Coop Hostel
Price : Tak ingat tapi murah  (Booking.com).
Location : strategik sangat dekat dengan Platinum Mall, morning market banyak jual baju lawa lawa, night market ada makanan Halal , 7E, Family Mart .

Lepas makan pon kenyang and hati pon senang. Minta Toon (driver) hantar kami check in hostel.
Toilet semua ok bersih walaupun pintu kayu macam rumah lama lama hahaha.














Monday, September 18, 2017

Pulau Perhentian


Bajet aku pergi sana dalam RM500 (include makan, tiket bas, pakej)
Dekat sana aku ambil pakej Aina Holiday RM290 (cover boat pergi/balik, chalet Flora (include breakfast), snorkeling)

Day 1

11.00pm - bertolak dr stesen bas sungai petani
5.30am - sampai Jeti, besut . Solat subuh & breakfast dkt jeti
10.30am - bertolak ke flora
11.00am - aku agak agak je masa sbb takbawak jam..hahaha.. rehat, makan, solat zuhur
2.30pm - ambil bot dr flora ke long beach. Hiking ke windmill . Serius tempat tu gila sbb banyak tangga yang rongak.. disebabkan view yang cantik so layankan jela rongak rongak tuh. Jangan macam macam member aku (ceah) sambil daki tangga rongak menangeh kot..hahaha

6.30pm - bertolak turun and lepak dkt long beach.
- masani kami lepak minum sebab dahaga nakmati lpas hiking. so air tehobeng je dah rm5 secawan. lpastu mandi laut. smpai maghrib.
- sambung lepak makan dekat tepi pantai ala candle light dinner.. air laut tu mula mula jauh lpastu lama lama bawah kaki je. aku sampai tergolek lah jatuh. sikit lagi nak terciom kaki mamat manatah.

8.30pm gitu - tengok light show . yg main tu semua foreigner badan sado weh. (istigfar) . lepak atas tikar tu beli lah coke 2 tin botol. Dah RM40 .

10pm - Ambil bot balik flora . Masatu hidup dengann mati je.. sbb naik bot nelayan je. takde lampu and pakcik tu pon macam tak nampak je.

10.20pm - Sampai flora, lepak tengok wayang kulit.. lepak jap je sbb geng pompuan semua dah seram macam apa lagik tengok dok menari ulik mayang...hahahaha

11.00pm - balik tido. (sumpah asyik terjaga sbb dok teringat ulik mayang lepastu ada bunyi kelawar lagi)

Day 2

9.00am - tengok sunrise atas katil..kahkahkah sembangggg
9.30am - breakfast
10.00am - kayak satu perahu tu RM30 (perahu ke apabenda nama) .kayak lah sejam .

11.00am - lpas kayak kami culik life jacket tu utk berenang renang di persisiran pantai. Masani member aku (mimi) ajar macam mana nak selam nak baring nak tenggelam sebab aku tak reti .

2.00pm - selam baring lentang semua dah buat dalam laut.. sampai telepon bimbit semorang rosak masuk air laut.. sbb beg waterprof pasang tak betul lah kot (siap jadikan pelampung). aduhh

2.00pm - Start snorkeling . sumpah best gila... mula tu aku cuak gak sebab first time... tapi bila tengok ciptaan Tuhan. Terkesima sbb cantik sangat tengok coral dengan ikan comey comey and turtle
- time snorkeling tu best sebab dapat abang boat best.. dahla bawak boat macam nak bunuh orang naseb tak mati.
- snorkeling 5 point. tapi yang aku ingat shark point dgn turtle point je..yang lain aku terjun jaa hahaha.
- shark point takda pula shark tapi ombak kuat betul..seram gak tapi maintan jele nanti nervous habis ( naseb mimi penyelamat)
- turtle point lagi seram sebab kena kejar dengan turtle tua besar and aku dari tak reti berenang laju pulak berenangnyaa lahaii ( sapetah takguna pegi jerit turtle tu nak gigit tudung aku)..
- masani siap berkenalan dengan minah arab.. tengah dok tengok turtle..haha

6.30pm - balik berehat
8.30pm - lepas solat maghrib. lepak makan dekat kedai dekat situ.
9.30pm - lepak tepi pantai sambil tengok bintang di langit.. aku boleh pulak terlena krooh krooh sampai habis muka belemoih kena pasir. masani aku ingat tido berjemaah...rupanya aku lena sorang..cisss
11.00pm - balik sambung tido dekat bilik lah..

Day 3

10.00am - breakfast
11.00am - naik bot balik ke jeti.

3.00pm - sampai kelantan. lepak makan lpastu nak balik penang. dapatlah beli selai baju kelawar untuk mama tersayang gittu . tapi tiket takdok pulak
- terpaksa cari Guesthouse dekat area stesyen bas. naseb jumpa yang murah Backpackers AA apa tah tak ingat nama.. Just 10 minutes from station bas tu.

6.00pm - balik Guesthouse rehat. tido.. bawah tu ada kedai makan.. so member aku lepak makan roti canai. aku makan megi je dekat bilik..haha
10.00 pm - tido

Day 4

7.00am - breakfast nasi kerabu dekat depan stesyen bas.
10.30 am - naik bas balik sungai petani.
5.00pm - Selamat sampai


Tips
1. Bawa casing phone waterprof kalau takde gopro
2. Bawa sunblock yang spf tinggi sikit . aku beli jenama apatah tak cukup kuat..hitam gak muka haha
3. Jangan lupa solat. eh


windmill


depan Flora


tangga yang rongak


bukan gambar google ok. ini semua gambar sebelum telepon bimbit rosak


Bye

Next ? kikiki
Doakan semoga murah rezeki Farhana Ibrahim. Amin


Saturday, December 31, 2016

Summary 2016

Tudia tudia habis dah sweet twenty-three..
Awat rasa macam kemarin ja baru teriak sbb dpt 4A 2B 3C SPM ( C tu phys,bio,chem) Tak layak jadi doktor..tau dah sebabtu jadi kakak HR.

January 2016- Final semester (internship) at Talent Suites Sdn Bhd . Focus more on recruitment and selection (best experienced ever especially during job fair).

May 2016 - Complete degree with 3.5 something (tak ingt) .. yeay (one of my goals achieved nak convo first class 1/5). At the same time, still working at Talent Suites as a recruitment assistant.

July 2016 - Bought my first car #misscherry and pay monthly installment by my own salary mehhhh...  (2/5 goals achieved). Yeay freedom to go anywhere hahaha

August 2016 - Join SLIM program (under Khazanah Nasional) and host company at Mattel (M) Sdn Bhd as HR (recruitment and Compensation & Benefits).. Happily working but still worried because of temporary worker only for 6 months.

October 2016 - Finally, I went to Universal Studio Singapore one of my dream places. (3/5 goals achieved). Tengkiyu kawan kawan bawa iolls
- Got permanent job at Mattel (M) Sdn Bhd as Junior Clerk (HR Services department). walaupun terpaksa shift department dr HR Staffing to HR Services tapi happy je sebab belajar benda baru ok. (4/5 goals achieved,permanent job )

December 2016 - The end. Goodbye 2016.










Tuesday, March 22, 2016

2016

pejam celik aikk dah 2016...kekeke

sekarang 12.25am.. esok kerja ( sekarang aku tengah intern). Tengah google pasal thesis..internet pulak macam siput sedut...mengantok tak payah cakap...tak payah susah susah sorong bantal pon aku dah boleh tertido.

Cepat betul masa.. lagi 2 bulan aku dah habis intern dah bolehlah cari jodoh nak kawen.. puiii
Lepas habis intern cadangnya nak fokus ke arah masa depan yang lebih unggul.. kena cari duit sendiri dah.. tambah sekarang ekonomi gawat sangat..

kalau dulu bolehlah cakap nak jadi isteri solehah acah acah suri rumah sepenuh masa... sekarang aku rasa terpaksa lupakan semua impian khayalan itu.

marilah pulang ke pangkal lengan..eh jalan..

selamat malam.

Friday, May 29, 2015

Masih hidup ye


habis berhabuk blog ni…setahun sekali ja update..kahkahkah

alhamdulilah syukur masih hidup..blog memang masih hidup..sekarang tengah cakap pasal owner blog lah.. lagi dua hari cukup lah umur sweet 17 tahun ..awww


tak sangka dah doploh dua tahun hidup…syukur.

aku malas nak tutup blog ni..
sebab nanti nak tunjuk dekat anak anak..lepastu budak budak tu mesti macam OMgeeee mummy (english la skit) aku ke nih boleh tahan sengal jugak mummy nih..eh


harapan aku semoga anak aku dapat sambung tulis blog sampai sepuluh keturunan..amboihhh


lepastu harapan kedua, semoga anak aku lebih genius dan tulis benda berfaedah lepastu boleh lah jadi fames macam hamis jalikha. lepastu boleh kawen dengan artis..lepastu mommy pon kaya…ehh


sebenarnya aku banyak keje sekolah nak buat adelah dalam empat poloh..ok tipu empat je..
okay jumpa lagi nanti..

Friday, December 19, 2014

Setahun Sudah

 

last posted setahun lepas. Masa tu aku rasa baru lepas nanges sebab kena tinggal dengan member aku. Hahaha

Perempuan. Biasalah. Cepat sentap. Tu dulu. Sekarang aku dah kental..hahaha

Cepat betul masa jalan. Alhamdulilah. Sekarang dah sambung degree. Rezeki Tuhan bagi walaupun itu bukan pilihan pertama aku.

Pilihan aku Islamic Bank dengan harapan dapat kerja dengan Tabung Haji lepastu dapat pi Mekah selalu.haha

Tapi sekarang aku lah manusia paling beruntung sebab Tuhan bagi banyak peluang untuk aku gembira.

Berapa je hari lagi dah nak Final. Pejam celik dah siang. Pejam lagi sekali dah malam.

Malas tu sama. Entah bila nak rajin. ahh

Sebenarnya, aku nak buka buku study. Tapi terbuka laptop lepastu setan pon berbisik “dah lama cik adik manis tak buka blog kan? haroommmm

 

 

IMG_3050

Tak sangka dah habis dip. Itulah impian aku dari kecik. Nak jejak menara gading. Terima Kasih Tuhan.

Monday, August 12, 2013

Hilang

 

Teringin nak pergi jauh dari dunia sekarang

sebabnya dunia sekarang kejam sangat

orang tak nampak aku

pandang diri sendiri depan cermin

monolog “ aku ni halimunan ke”

macam aku tak wujud

selalu buat benda tak pikir aku

tinggal aku itu dah sebati

selalu doa

kalau hidup aku ni menyusahkan orang saja

Tuhan cepat ambil jelah aku…

bukan doa cepat mati…

boleh aku tanya

“apa salah aku?”

Friday, June 7, 2013

Tanggungjawab


Esok dah balik uitm
Maka tamatlah cuti semester aku 2 bulan lebih
Cepat sangat sampai banyak benda aku rasa tak sempat nak buat

Pernah dulu aku sampai terfikir
kenapa aku kena tinggal mama sorang-sorang dekat rumah
padahal aku tak tahu berapa lagi masa yang aku dengan mama
maksud aku bukan sampai selamanya aku dengan mama
tapi kenapa aku kena pergi jauh dari rumah dan mama tak ada dekat sisi aku

Lepas abah meninggal
aku takut..takut
kehilangan orang lain
especially mama
dan family aku yang lain

Aku motivasi diri sendiri
sebenarnya kita hidup satu tujuan
jadi hamba Tuhan
semua manusia ada tanggungjawab masing-masing
macam aku juga

Tanggungjawab jadi hamba tuhan.anak dan pelajar
Kadang-kadang aku nih jenis kena duduk diam-diam
Motivasi diri sendiri cakap dengan diri sendiri...
Lepas tu baru puas hati
hermm susah jugak manusia spesis macam ni..



Tuesday, June 4, 2013

Blog baru


Sebenarnya,

aku ada blog baru dah
aku tulis apa yang aku rasa

mengutuk diri sendiri
tapi baru publish 2 post je

wakakaka
tak payah lah minta link
sumpah aku malu...


Thursday, May 16, 2013

Tamat

 

aku rasa ini penamat blog aku

Hahaha

Aura aura malas datang tak berhenti

Aku cadang nak buat blog baru kot

Tapi bukan tatapan untuk orang

maksud aku…

aku nak rahsiakan identiti diri

perghhhh

biar orang kenal aku bukan sebab aku

orang kenal aku sebab lain

aku pon tak tahu apa sebabnya…

aku tak janji…munkin nanti aku akan guna lagi blog ni

aku tak akan “mati” kan blog ni

biar jelah….

ini permula dunia aku…

hahaha

aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa sepanjang penulisan blog ini……

jumpa lagi…

p/s : jangan nangis… *nah tisu

Wednesday, May 8, 2013

Takut

 

Malam ni rasa macam akan lalui mimpi ngeri

Rasa takut nak pejam mata

Takut untuk lalui hari esok

Kepala jatuh nak angkat berat

Tapi mata terbuka luas

Segar bugar macam sayur yang baru kutip

*eh apa kaitan

Hari nih 9 may

keputusan exam akan keluar

Buat pertama kalinya

aku rasa macam tak terucap dengan kata-kata

nampak cahaya tapi jarang-jarang sahaja

tak nampak cahaya terang

tengah faham konsep

Tuhan itu tak kejam

 

p/s : Doakan aku…moga aku kuat untuk tempuh segala yang bakal berlaku…

Monday, May 6, 2013

kawen

 

Tahun ini umur aku dah mencecah 20 tahun
Tanggal 31 May ini
Sudah layak untuk berkahwin

Hujung minggu ini aku akan menghadiri kursus kawen
bukan niat ku untuk berkahwin awal

tetapi

ini permintaan mama ku..

*acececece*

sebernarnya bukan nak kawen lagi pun

ini family aku yang suruh pergi kursus dulu

mereka cakap kemunkinan format kursus kawen bertukar bulan 6 ni

walaupun agak malu tetapi ku telan juga ke malu an tersebut

aku ada ajak member. semua orang gelakkan kan aku…

argh

pakwe pon takde lagi macam mana nak kawen

*garu-garu kepala

 

p/s : nanti kalau aku nak kawen aku hantar kad jemputan ok…hahahahaha

Thursday, March 21, 2013

Aku tak salah

 

Sejak dua menjak nih aku rajin cari pasal dengan semua orang

Bergaduh sana sini macam gangster kampung…padahal tak sedar badan pon sekeping macam papan

Tak tahu punca..Tak tahu salah siapa….Tapi yang pasti aku yang bermasalah…munkin..tapi di cerita pada “pakar kaunseling” konon lah…

Aku tak bersalah…

Teringin…..

Nak jadi orang lain untuk sekejap….

Nak jadi mereka sebab nak rasa apa yang mereka rasa bila dengan aku…

Apa yang tak kena pasal aku…Apa salah aku…

Setakat main The Truth je buat apa… (main pusing botol)

Tak puas…Habis main botol nangeh-nangeh..

Sebab cakap pasal benda lain…

Lol…( Booo pada diri sendiri)

Sekali lagi aku termenung di jendela ..
(Padahal duduk didepan skrin lattop)

Memikirkan apa yang tak kena tentang aku….

Argh…Tak tahu…semuannya nampak “baik”…

Sahabat,

Maafkan aku…
Tegurlah aku…
Marahlah aku…
Tapi jangan kau tumbuk muka ku

Sekiranya aku bermasalah…
Maafkan aku…………………………………………………….

psss : Selamat Ber “ Study Week” … Belajar rajin-rajin kawan…

 

1339512690944_121476

 

*aku tahu aku suka buat muka pelik*
boooo

Friday, February 22, 2013

loqlaq

 

What mean loqlaq?tak tahu?…

18/2/13 (isnin) – dekat kelas

classmate : ko balik erk petang ni?

aku : nape lak aku nak balik?

classmate : esok kan muet

aku : merepek..muet aku bulan 3

lepastu bertekak sampai aku senyap…balik bilik check aah esok aku ada test muet

aku balik malam sampai rumah jam 9.40 kot…study sikit sampai jam 12.30 pastu dah tawakal..

19/2/13

alhamdulilah…boleh jawab(tapi still gagap and cakap merapu merapah)..biasalahh kaaaan

dapat soalan

why student must study hard ( cenggitu lah cuma ayat dia lebih gempak)

1. scholarship

2. compete with friends ( candidate B ..aku)

3. make ur parents proud

4. qualify to enter university

masa task B aku cilok point candidate D… yang number 4 sebab aku tak de idea sangat nak elaborate point aku…

Tips?

1. Study ( baca buku muet)

2. Practise (set time.. 2 minutes write 2 minutes bercakap) –aku practise sorang-sorang je sebab aku practise ngan rumate aku gabra

3. Doa

4. Tawakal dan jangan nebes…ilekk aaa

disebabkan aku buat dekat penang (sekolah) aku tak kenal sesapa pong…jadi aku bawa diri aku sorang-sorang…then, aku tak nak tahu pon siapa yang lain…For me semua orang dekat situ bodoh aku je pandai…HAHAHA…(untuk elak nebes lah)…

nota kaki busuk (moral of story) : tolong jangan loqlaq sangat..lain kali tengok betol-betol jadual benda-benda penting nih…sopp sopp

next muet 9 hb nih…doakan aku dan yang lain…makaseh