Pages

About Me

My photo
kepala batas, penang, Malaysia
22 dan masih bujang..meh la masuk meminang..hantaran honda jazz sejibik dahler..

Saturday, April 27, 2019

Umrah Pertama Kali (2019)


Preparation :
1. Kena pergi kursus umrah. Tapi, selalu tiap ahad pergi kursus haji free dekat masjid bertam je hahaha
2. Rasa macam tak cukup so kena banyak bergaul dengan orang yang dah ada experience pergi umrah.
3. Tengok Utube Ustaz Shamsuri very helpful okay kawan kawan.
4. Duit yang mencukupi. Untuk kali pertama ni pergi dengan pakej Zayyan cost MYR 7000.00 plus .
5. I bawa duit membeli belah 1000 riyal (balance bawa balik dalam 400 riyal)

Rukun Umrah
1. Niat di Miqat
2. Tawaf
3. Saei
4. Bercukur
5. Tertib

Madinah

Kami pergi Madinah dulu. Kali pertama nampak menara Masjid Nabawi dalam bas rasa nak penampar je muka sebab tak percaya. hahaha

Tiba waktu malam dan solat di hotel sebab penat flight 8 jam. Subuh keesok kannya baru bermula dan kali pertama tengok bumbung bumbung dekat luar Masjid Nabawi terbuka. Indah sangat !

Selalunya solat subuh pergi pukul 4.00am lepastu balik breakfast. Then, pukul 10.00am pergi semula untuk solat dhuha then lepak masjid sampai zuhur. Balik untuk lunch, then akan lepak masjid sampai Isyak. Selalunya pukul 9.30pm Farhana Ibrahim dah membuta hahaha

Aktiviti bebas selalunya luangkan masa dengan mengaji, berselawat dan bermain dengan kanak kanak hahaha. Sebab dekat Madinah banyak okay baby comel I is tak tahan.

Tengah mengaji dia boleh merangkak atas I ajak main main. Geram ok.

Raudah , taman syurga. Berpeluang dua kali solat dalam Raudah. Kali pertama dengan geng Umrah dan kali kedua hanya dengan Mama. Tak dapat pergi tiap hari atas sebab Mama tak berapa sihat and kuat.

Tak terbayang berebut rebut dengan beratus manusia untuk solat dalam Raudah. Jatuh, kena tolak tu memang normal. Tapi paling sedih bila tengok orang tolak Mama and jatuh.

Rezeki, Allah hantar seorang hamba Allah yang baik hatinya jagakan kami dua untuk solat. Lepas je solat terus peluk dia sambil cakap "syukran" . Terharuuuuuuuuuuu sangat okay.

Dan mata membajiri. Rindunya pada Nabi Muhammad.

Antara tempat yang di lawati di Madinah ( 5 hari di Madinah)
Masjid Quba, Masjid Qiblatain , Bukit Uhud dan Ladang Kurma

Mekah

Tiba lebih kurang tengah malam (12 - 1.00am) . Dah berniat Umrah dan dalam ihram. Sampai hotel letak barang dan terus tunaikan ibadah Umrah pertama.

Kali pertama pandang Kaabah, sama juga tak percaya. Syukur, sebab nampak. Takut tak nampak sebab banyak dosa Farhana kan.

Semuanya berjalan lancar lebih kurang 4 jam Umrah pertama selesai dan tunggu untuk solat subuh kali pertamanya di bumi Mekah. Tak percaya !

Hari- hari yang indah. Setiap masa terasa indah. Mata meliar liar mencari Kaabah sentiasa. Bila dah nampak sengih sengih suka. Hahahaha

kalau ternampak pak arab kacak ohh itu sengih juga . alamak

Paling seronok bila dapat solat nampak Kaabah. Nak dapat depan Kaabah tu susah sangat okay. Kalau dapat tempat solat nampak Kaabah pon dah bahagia.

Selama ni kita solat menghadap kiblat tapi tak nampak Kaabah. Tapi, bila solat Kaabah depan mata perasaannya macam susah nak describe. Nikmat !

Sama juga aktiviti di Mekah. Di habiskan dengan mengaji, selawat dan solat sunat. Balik untuk brekafast and lunch je yang lain waktu lepak masjid je

Antara tempat yang di lawati di Madinah ( 6 hari di Mekah)
Jabar Thur, Jabar Nur, Jabar Rahmah, Mina dan Ja'ranah, Hudaibiyah, Gua Hiraq

Berpeluang panjat Gua Hiraq, tak terbayang zaman Rasullullah dulu. Ye memenatkan tapi masih survived boleh solat full di masjid okay. Hahaha naseb baik

Berjaya menunaikan ibadah Umrah 2 kali untuk diri sendiri dan 1 kali untuk abah tersayang.

Semuanya indah indah belaka. Takde ujian yang pelik Allah turunkan untuk seketul Farhana. Cuma terkena sakit mata, berhingus, dan batuk teruk hari terakhir di bumi Madinah dan berterusan beberapa hari di Mekah.

Terima Kasih Allah untuk ini.
Rasa tak nak balik sebab tenang nya dekat sana taktahu nak describe dan semuanya indah indah belaka.

Thanks Mama pinjamkan duit (padahal nak sponser I taknak). So sekarang I bayar monthly hahaha lega takde interest.

Thanks abangku Abang Mae mutawif dan mahram yang hebat.

So here my favorite pictures during my Umrah


Our first selfie after Subuh at Masjid Nabawi
My mama
Mama play with Harun. Yang ni rajin panjat I masa mengaji haha

Lepastu lupa hari apa tarikh apa hahaha

Last selfie before tawaf wida