Pages

About Me

My photo
kepala batas, penang, Malaysia
22 dan masih bujang..meh la masuk meminang..hantaran honda jazz sejibik dahler..

Monday, August 22, 2011

panas..panas..PANAS

 

bukan nak update pasal cuaca sekarang yang makin panas

tapi nak update pasal berita nih

cer baca cer baca

Pelajar IPTA cedera leher dikelar rakan

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok di sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli berumur lingkungan 20-an sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.

"Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek tersebut rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.

"Dipercayai suspek baru putus tunang sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali mengelar leher mangsa," katanya.

Hashim berkata mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.
"Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh," katanya. – Bernama


OMG

benda nih berlaku smalam dekat u aku..
22 ogos 2011
sangat menakutkan sebab budak yang kelar tuh melarikan diri pas mengelar orang…pastu depa dok kata budak tuh lari g kolej masria…what???..(kolej masria tuh kolej yang aku tinggal/tido/makan)…
aku nak masuk jamban pong takot..takot dia nyorok dalam jamban pastu tikam aku dari
belakang…@#$%…aarghh scary…malam smalam dapat taw yang budak tuh dah kena tangkap dekat Jitra..dengar cita jer la..tapi tataw betol ke tak..harap2 betol la..aku rasa tak selamat kot..budak yang kena kelar tuh pong denga cita yang dia dah stabil sekarang…sungguh kasihan..dah la nak dekat raya..final exam lagik..

so??

moral of the story

klo anda budak kos art and design..jangan letak pisau anda dimerata tempat..letak ditempat yang selamat..supaya anda tak ditikam atau dikelar..

ehh bukan

jangan nak cari gadoh dengan orang..jangan nak cari pasal bila orang tengah bengang/baru break ngan awek/pakwe…lu cari nahas…lu langsi lu mati

oke

kita doakan supaya budak yang kena kelar/tetak tuh cepat sembuh..amin

bai

I_kill_you