26/7
Perjalanan dari penang - KT (hampir 9 jam)
Semestinya aku menyesali keputusan mama untuk naik bas hahaha
termuntah weeyyy.
- Check in hotel . Kami stay dekat Primula Hotel dekat area Batu Buruk. Ahh nice teruk ok. Harga around MYR300. Dah sampai pun malam then memang tido jela.
27/7
- Breakfast dekat hotel (food very limited. order during check in)
- Then, pergi pasar payang (dekat giler). ada jee free van hotel untuk hantar tp kena tunggu jadi kami ambil grabcar je.
Mama dekat pasar payang dasyat sangat oki shopping hahaha. Aku just beli baju kelawar dua helai je.
Pastu, pergi dah tangan penuh semua hantar mama balik hotel sebab aku nak teruskan perjalanan.
Perjalanan mencari nasi kerabu Fauzi. Ya Tuhan sedap sangat oki. Sekarang tengah telan airlior sebab teringat. Lepas je lunch dalam hotel, pergi drawbridge terengganu.
Sampai hati abang grab tak supporting dia tinggalkan kami dekat tepi jalan begitu sahaja. hahaha
- Lepastu, ambil grab lain pergi masjid kristal lepak makan aiskrim dengan solat jamak zuhur asar
- Lepak pantai batu buruk sambil makan jeruk nice sangat
- Pergi ambil gambar dekat buaian asmaradana tu. eh -Pencarian sotong celup tepung. Gigih okay semua benda naik grab.
Padahal dekat je dengan hotel. kau dah kenapa hahahaha. naseb murah je. yelaa sebab dekat.
weh aku terhibur bila teringat hahaha dah kenyang balik hotel. tu pun ambil grab sekali lahhh dekat je pun area situ gak dari tempat lepak hahahahah
- sebab awal. lepakk pantai dulu dengan mama. ahhh nice teruk
28/7
- sekian balik penang. hahaha
- troma aku naik bas 9 jam ke 8 jam entah.
P/s : Terengganu best sangat oki terutamanya dia punya laut dan pantai.
Tak sangka ni percutian terakhir untuk tahun ni. Semoga tahun 2021 lebih indah dan bermakna buat kita semua. hahaha
