Masa nak pergi sini aku memang tak letak high expectation sebab Kedah jee kot. Batu Feringgi sekarang pon air dah macam teh ais.
Pulau ni takde chalet, takde penduduk sebab dulu jadi tempat latihan menembak. Lepas je orang bersihkan dari peluru peluru tu baru ada orang datang.
Dengan kos RM80 (include snorkeling equipement, makan, tour & boat) memang berbaloi . Part snorkeling tu sama macam laut dekat Perhentian. Ikan nemo pun ada,coral dan air laut sangat cantikkkkkkkk okay.
Bayang jelah pergi Pulau Perhentian aku habiskan RM500 tapi ini RM80 je. Sanagt berbaloi la untuk aku.
1 day trip - RM80/person , satu boat 10 orang (akan ada group lain sekali dengan kita dalam satu boat)
8.30 am - Jumpa di meeting point dan bertolak ke Jeti (Yan, Kedah)
11.30 am - Sepatutnya 9.00am tapi air surut so kena tunggu lama sikit.
Perjalanan lebih kurang 20 minit naik boat ke pulau. Dah sampai sana kita akan gotong royong sikit pasang khemah and tempat berteduh .
Lepastu terus aktiviti bebas. Suka hati hang nak buat apa . Sampai je kami terus terjun laut dan mula snorkeling.
Okay ini lain sikit macam perhentian. Sebab dia tak humban kita tengah laut. Ini kita yang berenang sendiri sampai ke tengah laut.
Tapi still puas hati sebab laut dia sangat cantik. Walaupun tak reti berenang tapi okay sebab ada life jacket.
Lepastu berhenti jap makan . Part makan best sebab Mat Dan (orang yang bawa) dia bagi makan nasi.
Sedappp and kenyang. Orang lain pon ada bawa makanan ringan and sandwish macam tu so kita boleh tukar tukar.
Mat Dan ni bagus dia punya service. Sebab bawa makanan banyak lepastu rajin pergi cari siput and main bakar bakar dekat situ. Orang lain ada yang pancing ikan pon share sekali makan sama sama hasil memancing. Bukan nasi je dia bawa makanan merepek lain, air manis pon ada. Baguslah macam aku, sebab pergi tangan kosong hahaha so semua benda aku bedal.
Lepak lepak borak, tidur, nak terjun laut selang 2 minit pon tiada sapa kisah. Sebabtu aku rasa best sebab seharian boleh buat apa benda yang hang suka.
5.30 pm - Mat Dan akan bawa group kita snorkeling. Part ni best sebab dia akan bawa tempat yang ada macam macam jenis ikan and corals yang lawa. Yang paling best dia ada Gopro so dia akan ambil gambar hang banyak gila. Baguslah sebab aku memang tak rajin nak bawa phone masuk laut dah (trauma kes Perhentian haritu hahaha).
Macam biasalah benda benda yang aku taknak suka jadi . Macam kaki cramp di tengah laut. Naseb baik Mat Dan berada di sisi selamatkan aku. hahaha kalau dia takda pon aku akan menjerit sekuat hati rasanya adui
Time hang snorkeling sendiri tanpa dia pon hang boleh rembat Gopro tu. Dia tak kisah pon hahaha.
6.30pm - naik bot dan balik jeti
Part yang tak best sikit, air laut dia memang lawa macam Perhentian (aku boleh compare dengan Perhentian sebab itu je pulau cantik aku pernah pergi) pulau dia kotor sampah banyak .
Munkin sebab ramai yang datang and tak jaga kebersihan. Rasa nak buat proposal ajak kilang aku pergi buat CSR je dekat sini hahaha.
Facilities dia teruk sebab tempat tinggalan kan . Dont expect too much dekat sini sebab memang teruk. Tapi toilet and surau masih ada tapi menakutkannnn sikit ngeh ngeh.
Sebab laut dia cantik dapatlah menutupi benda benda yang teruk tu. Team kami memang plan setiap bulan nak datang sini so jum la join.
p/s : gambar takde sebab Mat Dan tak bagi lagi dari gopro dia. Gambar phone sendiri banyak selfie kang muntah pula tengok banyak banyak hahaha. Boleh google sendiri Pulau Song Song kalau tak percaya lawa ke tak .

