Pages

About Me

My photo
kepala batas, penang, Malaysia
22 dan masih bujang..meh la masuk meminang..hantaran honda jazz sejibik dahler..

Monday, September 18, 2017

Pulau Perhentian


Bajet aku pergi sana dalam RM500 (include makan, tiket bas, pakej)
Dekat sana aku ambil pakej Aina Holiday RM290 (cover boat pergi/balik, chalet Flora (include breakfast), snorkeling)

Day 1

11.00pm - bertolak dr stesen bas sungai petani
5.30am - sampai Jeti, besut . Solat subuh & breakfast dkt jeti
10.30am - bertolak ke flora
11.00am - aku agak agak je masa sbb takbawak jam..hahaha.. rehat, makan, solat zuhur
2.30pm - ambil bot dr flora ke long beach. Hiking ke windmill . Serius tempat tu gila sbb banyak tangga yang rongak.. disebabkan view yang cantik so layankan jela rongak rongak tuh. Jangan macam macam member aku (ceah) sambil daki tangga rongak menangeh kot..hahaha

6.30pm - bertolak turun and lepak dkt long beach.
- masani kami lepak minum sebab dahaga nakmati lpas hiking. so air tehobeng je dah rm5 secawan. lpastu mandi laut. smpai maghrib.
- sambung lepak makan dekat tepi pantai ala candle light dinner.. air laut tu mula mula jauh lpastu lama lama bawah kaki je. aku sampai tergolek lah jatuh. sikit lagi nak terciom kaki mamat manatah.

8.30pm gitu - tengok light show . yg main tu semua foreigner badan sado weh. (istigfar) . lepak atas tikar tu beli lah coke 2 tin botol. Dah RM40 .

10pm - Ambil bot balik flora . Masatu hidup dengann mati je.. sbb naik bot nelayan je. takde lampu and pakcik tu pon macam tak nampak je.

10.20pm - Sampai flora, lepak tengok wayang kulit.. lepak jap je sbb geng pompuan semua dah seram macam apa lagik tengok dok menari ulik mayang...hahahaha

11.00pm - balik tido. (sumpah asyik terjaga sbb dok teringat ulik mayang lepastu ada bunyi kelawar lagi)

Day 2

9.00am - tengok sunrise atas katil..kahkahkah sembangggg
9.30am - breakfast
10.00am - kayak satu perahu tu RM30 (perahu ke apabenda nama) .kayak lah sejam .

11.00am - lpas kayak kami culik life jacket tu utk berenang renang di persisiran pantai. Masani member aku (mimi) ajar macam mana nak selam nak baring nak tenggelam sebab aku tak reti .

2.00pm - selam baring lentang semua dah buat dalam laut.. sampai telepon bimbit semorang rosak masuk air laut.. sbb beg waterprof pasang tak betul lah kot (siap jadikan pelampung). aduhh

2.00pm - Start snorkeling . sumpah best gila... mula tu aku cuak gak sebab first time... tapi bila tengok ciptaan Tuhan. Terkesima sbb cantik sangat tengok coral dengan ikan comey comey and turtle
- time snorkeling tu best sebab dapat abang boat best.. dahla bawak boat macam nak bunuh orang naseb tak mati.
- snorkeling 5 point. tapi yang aku ingat shark point dgn turtle point je..yang lain aku terjun jaa hahaha.
- shark point takda pula shark tapi ombak kuat betul..seram gak tapi maintan jele nanti nervous habis ( naseb mimi penyelamat)
- turtle point lagi seram sebab kena kejar dengan turtle tua besar and aku dari tak reti berenang laju pulak berenangnyaa lahaii ( sapetah takguna pegi jerit turtle tu nak gigit tudung aku)..
- masani siap berkenalan dengan minah arab.. tengah dok tengok turtle..haha

6.30pm - balik berehat
8.30pm - lepas solat maghrib. lepak makan dekat kedai dekat situ.
9.30pm - lepak tepi pantai sambil tengok bintang di langit.. aku boleh pulak terlena krooh krooh sampai habis muka belemoih kena pasir. masani aku ingat tido berjemaah...rupanya aku lena sorang..cisss
11.00pm - balik sambung tido dekat bilik lah..

Day 3

10.00am - breakfast
11.00am - naik bot balik ke jeti.

3.00pm - sampai kelantan. lepak makan lpastu nak balik penang. dapatlah beli selai baju kelawar untuk mama tersayang gittu . tapi tiket takdok pulak
- terpaksa cari Guesthouse dekat area stesyen bas. naseb jumpa yang murah Backpackers AA apa tah tak ingat nama.. Just 10 minutes from station bas tu.

6.00pm - balik Guesthouse rehat. tido.. bawah tu ada kedai makan.. so member aku lepak makan roti canai. aku makan megi je dekat bilik..haha
10.00 pm - tido

Day 4

7.00am - breakfast nasi kerabu dekat depan stesyen bas.
10.30 am - naik bas balik sungai petani.
5.00pm - Selamat sampai


Tips
1. Bawa casing phone waterprof kalau takde gopro
2. Bawa sunblock yang spf tinggi sikit . aku beli jenama apatah tak cukup kuat..hitam gak muka haha
3. Jangan lupa solat. eh


windmill


depan Flora


tangga yang rongak


bukan gambar google ok. ini semua gambar sebelum telepon bimbit rosak


Bye

Next ? kikiki
Doakan semoga murah rezeki Farhana Ibrahim. Amin


No comments:

Post a Comment

Sila mengomen secara berhemah, jujur, ikhlas dan suci...eh eh eh