Pages

About Me

My photo
kepala batas, penang, Malaysia
22 dan masih bujang..meh la masuk meminang..hantaran honda jazz sejibik dahler..

Monday, May 28, 2012

tak kacak ponggg

 

hari nih hari selasa…semalam hari isnin…betol kan?…mestilah betol..sebab aku check dekat lappy hari nih hari apa..cuti-cuti cenggini mana nak ingat hari dengan tarikh…

but

I'm not forget my birthday is coming…hihihihihi…this Thursday… tetiba lak cakap omputih..yelah tadi aku check nuffnang ada orang dari US dengan Egypt baca blog aku…mesti dorang tak paham kan…kesiaan..sob sob sob

semalam kan…aku keluar kejap naik basikal…member aku tetiba call suruh pergi amek barang pe tah dekat belakang rumah…(rupanya dia nak bagi hadiah besday)..dah alang-alang naik beskat aku pong pegi lah rumah besfren aku sebelah taman aku jer…

jadah apa aku buat intro takde kaitan dengan tajuk…oke jangan mencarot dekat aku..

nih..masa perjalanan tuh…dengan penuh keayuan aku pong kayuh beskat..adelah mamat moto ni…tetiba nampak aku terus up up moto…LOL..lepastu jumpa lagik mamat lain..dia press press moto konon nak langgar aku…pastu ramai gelak-gelak…pfttt

ingat aku naik beskat tak tau up up moto ke??HAAA..oke..memang aku tak tau pong..huhu

tapi aku rasa menyampah tahappp (orang kedah kata gila=tahap)…..tak kacak pong lah buat macam tu..dalam hati aku doa jer “bagilah dia jatuh…bagilah dia jatuh”

wahai mamat-mamat sekalian, boleh tak sorang bagitau aku apa motif buat cenggitu…

satu lagi yang bunyi macam tikus mondok tu “wwiwiwiwit”…motif?

dengan “hai,hai,hai..assalamualaikum…sombongnya”…

aku kalo jumpa spesis cenggini…semak tahapp…takde gaya gentleman sikit ke nak mengorat..HAHAHA

NST

p/s : mereka nih lagik kacak kot…errr…

Tuesday, May 22, 2012

kesedihan

Aku kini menghitung hari

Menghitung hari detik demi detik..lalala'

Untuk pulang ke gunung jerai..


Huargh..taknak balik..tak sanggub nak hadap quiz,test bagai..oke sangatlah over..cuti 2 bulan rasa macam 2 hari je.


Ekceli aku tak boleh tido..aku deactive twitter tanpa motif..huhu..

Jadi aku tak tau nak buat apa..nak korek idong..dah korek semalam..argh..


Akan aku nak update status dekat fb

"ittew,tak leh tido lah temankan ittew",annoying gler..huhu


K bai..dah ngantok..aku tetiba rindu anak-anak buah aku..dorang tak jadi balik cuti sekolah ni..huwaa


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 20, 2012

Merepek sambil makan kerepek

 

merepek sambil makan kerepek tak bermakna aku tengah update blog nih sambil makan kerepek..

tetapi…jeng jeng jeng
dua tiga menjak nih aku jumpa banyak application pelik-pelik dekat play store (market)…tujuan asal aku hanyalah untuk mencari game semata-mata…

antara game pelik yang aku jumpa dan aku try download dan aku try main…dan lepastu aku rasa bengap gilaaa lepas main…game dia macam pftttt…pftttt dan pftttt…aneh-aneh belaka..menyebabkan tanpa pikir panjang aku uninstall balik…

1. game kentut (girl fart)

game nih main dia ceni..pompuan nih dia dok tepi jalan dengan mamat-mamat..lepastu dia nak kentut tapi dia malu..So,kita kena la bagi dia kentut time kereta-kereta tu jalan depan pompuan tuh..Bila kereta lalu bising so tak dengar la bunyi kentut dia..kalau silap tekan kalah..lepas kalah kena baling taik dengan mamat-mamat tuh..oke tipu..baling taik tuh aku tambah..huhu

 

kentut

2. picit jerawat (pimple popper)

 

pimple

mula-mula nak main aku blur jugak..ce ane lah aku nak picit jerawat atas skrin telepon nih..tapi hati aku membuak-buak sebab geram sangat tengok jerawat kat muka orang tuh..aku belasah jer main sampai dia menjerit auww auww auwww arghh lepastu BURST jerawat dia…hahaha..kesiannn

oh rupanya main tolak-tolak ja nanti keluar benda kuning-kuning tu …eiii

1337561186914

 

3. cabut bulu ketiak

hahaha…kalau ada pong game nih…aku tak akan download..siryes macam pfttt..

game yang ke3 jatuh kepada jeng jeng

garu badan (scratch me)

scrath me

 

takde lah susah sangat pong..nanti dia bagi arahan..kiri..kiri..haaa atas sikit…bawah…garu lagik…laju sikit..laju lagi…lagi…lagi..kanan…tapi aku try main 2 kali jer asek kalah..menyampah tahap gaban dah…

 

nota kaki busuk : motip entri nih sebab ada orang tak percaya game picit jerawat wujud..nah hamek ko…tak percaya lagik…huhu

Friday, May 18, 2012

Selamat Hari Guru……(part 1)

 

terima kasih cikgu

taski abim taman abdullah fahim ( 1999)

sek keb permatang bertam ( 2000-2002)

sek keb kepala batas (2003-2005)

sek men keb dato onn butterworth (2006-2008)

sek men keb datuk haji ahmad badawi (2009-2010)

uitm merbuk,kedah

 

aku selalu pindah sekolah bukan sebab aku bermasalah oke..huhu
nih semua sebab sekolah yang kedua tuh lagi dekat dari rumah..

 

masa zaman sekolah dulu aku rajin bagi hadiah kat cikgu…jujurnya, bukan sebab nak hargai cikgu tapi sebab tengok kawan-kawan semua bagi hadiah…kalo tak bagi rasa loser ahh…huhu

masa darjah tiga..masa tu baru pindah sekolah baru…kawan baru..cikgu baru…boyfriend baru..eh eh..

aku taktau nak bagi hadiah apa..last sekali kakak-kakak aku sibuk carikan hadiah untuk cikgu aku..

hadiah tu ialah diari lepastu atas diari tuh ada chewing gum …. kau bayang jelah

 

Untitled

 

motif bagi chewing gum..cikgu aku tuh perokok….HAHAHA

diari pulak sebab abang aku kerja telekom selalu dapat free gift…so balas jerlah diari yang dia bagi…ngeh ngeh ngeh

kalau tak silap cikgu aku tuh nama dia izzudin eh bukan zainudin eh lupa lah…tapi aku ingat dia pakai kereta jips kaler merah..tak der bumbung…

itulah hadiah paling comel aku pernah bagi dekat cikgu aku…

p/s : hari nih besday abang aku…malam nih aku harap dia on skype boleh lah aku melalak menyanyi lagu happy besday kat dia..tapi aku tak sure lah hari nih ke bila sebab tak de pong dekat  fesbuk ..hahaha….

nota kaki busuk : selamat hari guru cikgu…terima kaseh sebab kuat semangat ajar budak pemalas macam saya..

Saturday, May 12, 2012

sikit lagi

 

selamat pagi …hari nih saya bangun awal…yeay *bangga nya

ekceli mama dah menghalang aku dari tido lepas subuh kata beliau pipi aku sudah mulai tembam akibat bangun lambat..oke..oke..oke..

aku tak tau nak buat apa pagi-pagi cenggini..selalu dok buat taik mata jer…sob sob sob
ini jer aktiviti yang berfaedah aku nampak…

hari nih aku nak cerita pasal semalam…

semalam hari sabtu…yea hari cuti…arghh bukan yang tu aku nak cerita…

dah lama aku tak hirup udara luar…jadi, aku rasa lebih elok kalau keluar bersiar-siar dengan menaiki moto biru bernombe plat aaarghh tak ingat pulak…kalau naik kereta bukan hirup udara segar tapi udara ekon..tak nak ahhhhh

disebabkan dah berminggu tak naik moto…aku bawa slow jelah.. bak kata orang penang “taqa nak cekap balik”…dengan penuh kesungguhan dan keazaman untuk hirup udara segar.. tengah feel bawak moto…sambil menyanyi lagu “tepuk amai-amai” *hiperbola sikit

tiba-tiba

ada satu kereta nih dia keluar dari tempat parking…laju jerr bawa lepastu datang menghimpit aku kat tepi jalan ….kaki aku sikiiiiitt jer lagi nak berlanggar dengan kereta dia…aku sempat break dan bagi kereta dia jalan dulu…aishh..mulut aku terkumat kamit bukan beristigfar tapi mencarut bagai lah…huhuhu…”bangang bangang tak reti bawak ka bangang bangang”

aku nampak pemandu kereta tu lelaki cina…aku cadang nak jeling kat dia sambil tunjuk middle finger je kalau kitaorang berhenti dekat traffic light depan tuh…HAHAHAHA…tapi malang tidak berbau dia pecut kearah kiri…bukan kanan macam aku…hurmmm sokey sokey..

 

p/s : middle finger hanya ditambah untuk penyedap cerita…tak penah lagi lah aku buat…HAHAHA..
lepas nih memang tak ahh aku nak bawa moto hari sabtu petang time pasar malam bagai…stress doe..menguji kesabaran..

nota kaki busuk : berhati-hatilah ketika memandu..anda mampu mengubahnya..

 

Friday, May 11, 2012

secret admire

 

zaman sekolah-sekolah dulu…adalah zaman yang popular dengan “wee ada orang kimsalam dekat hang”..bila dengar ayat nih dari member aku…perghhh….memang bahagia giler ahh(hati berbunga-bunga) especially bila tau kata yang kirim salam tuh student lelaki…hahaha

masa sekolah dulu aku bendul sikit..kak aku pesan time sekolah study..jangan nak bercinta-cinta..aku pong menurut jer laa..aku tak penah kapel masa zaman sekolah..so aku takde cinta monyet…hebat kan?

bangga jap *sambil mengembangkan hidong

tapi masuk u dah pandai sikit tapi HAHAHAHA…gagal ditengah jalan…biasalah tak da pengalaman waktu sekolah dulu…HAHAHA…

adalah 2 3 orang yang minat aku zaman sekolah…tapi semua aku buat dono jerr…bila dia text aku reply..bila dia cakap dia suka aku…aku marah-marah dia…hahaha sadis..noob kan?

suatu hari member aku cita ada sorang mamat ni suka tengok aku..dia rajin datang kelas aku..lepastu dia kata aku selalu senyum kat dia…demmm…and aku tatau pong mamat mana…sebab kelas aku macam hospital..ramai sangat orang suka ziarah…huhu…

finally,satu kelas aku kecoh doe kata mamat tu minat aku =,=…then,suatu hari dia lalu depan kelas aku pastu member aku bagitau “haa tu lah abu” (abu bukan nama sebenar)…aku macam “haaa?”..larh mamat tu rupanya…

dia dah pandai main-main mata dengan aku…dia cuba cakap “hai” …aku macam “he he he he” kat dia jela…dia penah minta nomber fon..aku cakap nanti lah lepas abeh spm..lepas spm aku tak jumpa dia..fuhh lega gila..

tapi malang tidak berbau…aku jumpa dia lepas beberapa bulan..dia tuntut janji..aku minta nomber dia dengan alasan “bak sini nomber nanti aku mesej hang”..lepas berapa hari baru aku msej cakap nih aku bla bla bla..kesian giler kot..dia terasa hati …maafin maafin guwe..

tapi yang paling cool…dia adalah sorang peminat aku (peminat la sangat)..yang paling berhemah..walau dia ada nomber aku..dia tak penah ganggu aku..kitaorang penah text 2 kali jer kot..sampai sekarang dia tak kacau aku..baik sungguh hati beliau….tapi kalau jumpa aku memang dia akan ajak sembang lah…hihihi

school1

nota kaki busuk : kesimpulannya,aku sangat merindui zaman itu…HAHAHA…aku bukan sombong or jual mahal tapi aku cuma dengar pesan kak aku .…HAHAHA..

 

Monday, May 7, 2012

HAHAHAHA

 

hari-hari minum cool blog
minum bersama achen
sudah ada idea nak update blog
tak jadi lah nak pencen

ehhh minah nih update blog diaa??..entri lepas cakap nak pencen konon…ekeleh

oke..mengata la aku…kutuklah..aku mang suka cakap macam keling..sat cakap macam nih sat cakap macam lain…huhuhu

ekceli,aku dah idea nak mengarot apa…yeaayy..*tepuk tepuk

cuti sem ni aku baca buku nih

TPhoto_00047

“365 ways to live happy”

aku beli guna baucar yang kerajaan bagi tuh…*nih kategori buku ilmiah kan?ngehngehngeh

banyak-banyak cara aku rasa adalah 30 %jer kot yang boleh aku cuba..biasa lah buku omputih
(jadah apa suruh aku buat seks,mengorat orang dekat kedai buku,tegur orang dekat dalam lif untuk nak happy)…sob sob sob

tips yang berguna untuk nak bergembira

1.fikir benda-benda yang positif atau benda happy jeeee…

2.selalu senyum Open-mouthed smile

3. letak semangkuk lavender… dekat bilik ke…bilik tidur lah…aww aww..kalau bilik mandi boleh buat mandi bunga sekali..hahaha

4. ubah kesalahan…jangan ulangi kesalahan tu…

5. letak gambar kau kat meja… *yang paling cantik,muda,gebu,tiada garis-garis halus..so akan lebih bersemangat lah nak studi..nih kau letak gambar boipren apa barang doe…

6. puji diri sendiri…contoh *tengok cermin “hey,cantik/kacaknya aku hari nih” bila dapat result “wauu,bijaknya aku”…

7. tenangkan fikiran sebelum mulakan aktiviti hari tersebut…pikir benda baik-baik je…cool …chill

8. tulis 3 benda kau suka tentang diri kau *pastu lekat dekat cermin..lappy..peti sejuk..kalo nak lekat dekat dahi pong boleh..huhu

contoh

aku gemuk..aku cakap banyak..aku sangat gedik<---jangan…jangan…

“i love my ability to immediately put other people at ease” <--- can can

9. memorize citer lawak-lawak and share it

contoh : kau tulis blog..kalo malas sangat…kau culik jap member kau sorang bawak pegi kedai mamak pesan air kosong 1 gelas…and citerrrr je kat dia..lepastu gelak puas-puas..amacam??

contoh citer lawak : masa darjah 1 kan aku penah berak cirit dekat kelas…hahaha

masa final exam sem lepas..akulah yang kentut tu..hahaha <—bukan aku

10. masak makanan yang kau suka…

contoh aku suka makan megi…so aku masak megi jelah …oke tipu..sebenarnya aku tak pandai masak..megi tu je aku reti…sob sob sob

nota kaki busuk : 10 tips yang aku rasa semua orang boleh cuba….berpeluh dah aku menaip nih…kalau tak cuba juga aku tatau nak kata apa..penat kot..sadiss..k bai