Pages

About Me

My photo
kepala batas, penang, Malaysia
22 dan masih bujang..meh la masuk meminang..hantaran honda jazz sejibik dahler..

Monday, April 12, 2021

Rumah Pertama

19.12.2020 (Sabtu) 

Dapat call dari agen cakap aku ada mohon untuk beli rumah.Ye 2-3 hari aku memang ada isi untuk beli rumah yang selalu iklan "pop-up sponsored" dalam instagram.

Cuma masukkan nama penuh & no-phone aje.

Sebab aku noob dan lansung takde ilmu tentang beli rumah. Jadi, aku ajak jumpa dan terus tanya apa dokumen-dokumen yang kena ada untuk beli rumah.

21.12.2021 (Isnin)

Ahad aku dah sedia semua dokumen. Isnin pagi terus pergi kedai printer. Singgah tempat kerja sebab nak minta bos tandatangan surat pengesahan jawatan. Naseb hari tu, bos rajin masuk kerja walaupun tengah cuti. Tuhan mudahkan urusan aku.

Jumpa agen dekat Kulim. Dia terang semua benda pasal rumah siap tunjuk pelan kawasan, pelan rumah, model rumah dan segalanya. Ye aku pergi seorang diri, Orang bujang kena berdirikari gitu kan.

 

Rumah Jenis A

Masa aku tengah enjoy tengok model rumah. Dia suruh aku pilih. "You, nak A ke B"

Aku " I suka B sebab bumbung dia tak ada" Konon boleh tengok bintang berkelipan di malam hari. Kita lupakan sebentar tentang kakak ponti ye rakan rakan. 

"Tapi bumbung kami tak bagi tau" kata dia.

Rumah jenis A tinggal satu unit sahaja dan jenis B ada banyak lagi

Aku" Oklah i nak A" Selepas seminit berfikir tapi rasanya kurang satu minit.

Keputusan dibuat sebab aku tanya dia "I kena pilih sekarang ke".  Tak payah fikir lama lama sebab tinggal 1 unit.

Kenapa aku tak terfikir nak videocall family kat rumah. Masa aku update blog ni baru aku terfikir . Jawapan nya entah.  

 

Nampak pangkah dalam gambar di atas? Ya itulah 1 unit yang tinggal

..............................................

Drama seterusnya. Aku cerita gaji aku sikit. Lalu, aku tunjuk penyata terkini gaji (bulan november). Aku cakap dia "I rasa gaji i tak lepas ni untuk loan. You, takda rumah murah lagi ke"

Dia "Ada". Terus menghilangkan diri ambil pelan rumah baru yang harganya jauh lebih murah. 

Dia "Ini rumah dekat dengan office you, nanti you boleh bangun lambat pergi kerja" Tak, sekarang ni mana dia tahu aku bukan 'morning person' dan selalu tergesa pergi kerja.

Aku tak berminat. Sebab rumah tu dekat Kedah.

Aku nak juga rumah yang tak mampu aku beli dekat penang tu. Sebab rumah tu 20 mins je dari rumah sekarang dan rasanya 15 mins sahaj dari Mcd Bertam kalau traffic light tak wujud.

Aku dan Mcd kan tak boleh berjauhan. Kalau kau kenal aku. haha

Dia suruh aku balik fikir. Sedih.

Aku serah semua dokumen yang dah bawa. Sampai rumah sembang dengan family kejap terus 'bank-in' booking.

Dia tanya "You, nak rumah yang mana" . Aku " I nak cuba rumah yang dekat penang".

28.12.2020 (Isnin)

Bank lulus.

Ada dua bank lulus. Tapi aku pilih yang paling awal sebab Tuhan punya pelan macam indah indah je jadi buat apa tamak.

Tak, sebenarnya aku yang tak sabar. haha 

Agen aku nama dia Ang. Bagi aku dia baik sebab dia terang satu persatu dan dia banyak pass dokumen aku dekat banyak bank. Sampai ada bank yang aku minta withdraw. 

29.12.2020 (Selasa)

Tandatangan perjanjian dengan bank. Nama dia Ken. 

Ah baru tahu tentang MRTT/MLTT. Terima kasih sebab terang satu persatu dengan orang noob macam aku.Yang ini pun baik, sebab dia cakap aku boleh cari dia bila bila masa yang aku nak. Lupa tanya dah kawen ke belum.

Moral of story : 

1) Pergi sorang sorang jadi kebodohan diri sendiri je tahu
2) Cuba je apa yang kau nak walaupun kau rasa benda tu mustahil
3) Jangan menyesal dengan apa yang dah di buat walaupun aku rasa rumah ni takda lah 100% terbaik

Oh lupa bagitahu. Rumah belum siap. Munkin lagi 22 bulan dan aku belum mula bayar bulan bulan.  duit hutang.

Doakan semuanya di permudah. Aku doakan satu masa nanti kita semua mampu pegang kunci rumah sendiri sambil menangisi kebanggaan walaupun bulan bulan menangisi bayaran hutang baru. hahaha

No comments:

Post a Comment

Sila mengomen secara berhemah, jujur, ikhlas dan suci...eh eh eh