Pages

About Me

My photo
kepala batas, penang, Malaysia
22 dan masih bujang..meh la masuk meminang..hantaran honda jazz sejibik dahler..

Saturday, May 12, 2012

sikit lagi

 

selamat pagi …hari nih saya bangun awal…yeay *bangga nya

ekceli mama dah menghalang aku dari tido lepas subuh kata beliau pipi aku sudah mulai tembam akibat bangun lambat..oke..oke..oke..

aku tak tau nak buat apa pagi-pagi cenggini..selalu dok buat taik mata jer…sob sob sob
ini jer aktiviti yang berfaedah aku nampak…

hari nih aku nak cerita pasal semalam…

semalam hari sabtu…yea hari cuti…arghh bukan yang tu aku nak cerita…

dah lama aku tak hirup udara luar…jadi, aku rasa lebih elok kalau keluar bersiar-siar dengan menaiki moto biru bernombe plat aaarghh tak ingat pulak…kalau naik kereta bukan hirup udara segar tapi udara ekon..tak nak ahhhhh

disebabkan dah berminggu tak naik moto…aku bawa slow jelah.. bak kata orang penang “taqa nak cekap balik”…dengan penuh kesungguhan dan keazaman untuk hirup udara segar.. tengah feel bawak moto…sambil menyanyi lagu “tepuk amai-amai” *hiperbola sikit

tiba-tiba

ada satu kereta nih dia keluar dari tempat parking…laju jerr bawa lepastu datang menghimpit aku kat tepi jalan ….kaki aku sikiiiiitt jer lagi nak berlanggar dengan kereta dia…aku sempat break dan bagi kereta dia jalan dulu…aishh..mulut aku terkumat kamit bukan beristigfar tapi mencarut bagai lah…huhuhu…”bangang bangang tak reti bawak ka bangang bangang”

aku nampak pemandu kereta tu lelaki cina…aku cadang nak jeling kat dia sambil tunjuk middle finger je kalau kitaorang berhenti dekat traffic light depan tuh…HAHAHAHA…tapi malang tidak berbau dia pecut kearah kiri…bukan kanan macam aku…hurmmm sokey sokey..

 

p/s : middle finger hanya ditambah untuk penyedap cerita…tak penah lagi lah aku buat…HAHAHA..
lepas nih memang tak ahh aku nak bawa moto hari sabtu petang time pasar malam bagai…stress doe..menguji kesabaran..

nota kaki busuk : berhati-hatilah ketika memandu..anda mampu mengubahnya..

 

4 comments:

  1. kalo gua,gua tunjuk tumit gua....sebab tumit gua cantik....=____=!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak sini nak tengok cantik sangat ke...ngehngehngeh

      Delete
  2. ya... berhati hati lah di jln raya... huhuhuhu

    ReplyDelete

Sila mengomen secara berhemah, jujur, ikhlas dan suci...eh eh eh