Pages

About Me

My photo
kepala batas, penang, Malaysia
22 dan masih bujang..meh la masuk meminang..hantaran honda jazz sejibik dahler..

Friday, December 19, 2014

Setahun Sudah

 

last posted setahun lepas. Masa tu aku rasa baru lepas nanges sebab kena tinggal dengan member aku. Hahaha

Perempuan. Biasalah. Cepat sentap. Tu dulu. Sekarang aku dah kental..hahaha

Cepat betul masa jalan. Alhamdulilah. Sekarang dah sambung degree. Rezeki Tuhan bagi walaupun itu bukan pilihan pertama aku.

Pilihan aku Islamic Bank dengan harapan dapat kerja dengan Tabung Haji lepastu dapat pi Mekah selalu.haha

Tapi sekarang aku lah manusia paling beruntung sebab Tuhan bagi banyak peluang untuk aku gembira.

Berapa je hari lagi dah nak Final. Pejam celik dah siang. Pejam lagi sekali dah malam.

Malas tu sama. Entah bila nak rajin. ahh

Sebenarnya, aku nak buka buku study. Tapi terbuka laptop lepastu setan pon berbisik “dah lama cik adik manis tak buka blog kan? haroommmm

 

 

IMG_3050

Tak sangka dah habis dip. Itulah impian aku dari kecik. Nak jejak menara gading. Terima Kasih Tuhan.

Monday, August 12, 2013

Hilang

 

Teringin nak pergi jauh dari dunia sekarang

sebabnya dunia sekarang kejam sangat

orang tak nampak aku

pandang diri sendiri depan cermin

monolog “ aku ni halimunan ke”

macam aku tak wujud

selalu buat benda tak pikir aku

tinggal aku itu dah sebati

selalu doa

kalau hidup aku ni menyusahkan orang saja

Tuhan cepat ambil jelah aku…

bukan doa cepat mati…

boleh aku tanya

“apa salah aku?”

Friday, June 7, 2013

Tanggungjawab


Esok dah balik uitm
Maka tamatlah cuti semester aku 2 bulan lebih
Cepat sangat sampai banyak benda aku rasa tak sempat nak buat

Pernah dulu aku sampai terfikir
kenapa aku kena tinggal mama sorang-sorang dekat rumah
padahal aku tak tahu berapa lagi masa yang aku dengan mama
maksud aku bukan sampai selamanya aku dengan mama
tapi kenapa aku kena pergi jauh dari rumah dan mama tak ada dekat sisi aku

Lepas abah meninggal
aku takut..takut
kehilangan orang lain
especially mama
dan family aku yang lain

Aku motivasi diri sendiri
sebenarnya kita hidup satu tujuan
jadi hamba Tuhan
semua manusia ada tanggungjawab masing-masing
macam aku juga

Tanggungjawab jadi hamba tuhan.anak dan pelajar
Kadang-kadang aku nih jenis kena duduk diam-diam
Motivasi diri sendiri cakap dengan diri sendiri...
Lepas tu baru puas hati
hermm susah jugak manusia spesis macam ni..



Tuesday, June 4, 2013

Blog baru


Sebenarnya,

aku ada blog baru dah
aku tulis apa yang aku rasa

mengutuk diri sendiri
tapi baru publish 2 post je

wakakaka
tak payah lah minta link
sumpah aku malu...


Thursday, May 16, 2013

Tamat

 

aku rasa ini penamat blog aku

Hahaha

Aura aura malas datang tak berhenti

Aku cadang nak buat blog baru kot

Tapi bukan tatapan untuk orang

maksud aku…

aku nak rahsiakan identiti diri

perghhhh

biar orang kenal aku bukan sebab aku

orang kenal aku sebab lain

aku pon tak tahu apa sebabnya…

aku tak janji…munkin nanti aku akan guna lagi blog ni

aku tak akan “mati” kan blog ni

biar jelah….

ini permula dunia aku…

hahaha

aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa sepanjang penulisan blog ini……

jumpa lagi…

p/s : jangan nangis… *nah tisu

Wednesday, May 8, 2013

Takut

 

Malam ni rasa macam akan lalui mimpi ngeri

Rasa takut nak pejam mata

Takut untuk lalui hari esok

Kepala jatuh nak angkat berat

Tapi mata terbuka luas

Segar bugar macam sayur yang baru kutip

*eh apa kaitan

Hari nih 9 may

keputusan exam akan keluar

Buat pertama kalinya

aku rasa macam tak terucap dengan kata-kata

nampak cahaya tapi jarang-jarang sahaja

tak nampak cahaya terang

tengah faham konsep

Tuhan itu tak kejam

 

p/s : Doakan aku…moga aku kuat untuk tempuh segala yang bakal berlaku…

Monday, May 6, 2013

kawen

 

Tahun ini umur aku dah mencecah 20 tahun
Tanggal 31 May ini
Sudah layak untuk berkahwin

Hujung minggu ini aku akan menghadiri kursus kawen
bukan niat ku untuk berkahwin awal

tetapi

ini permintaan mama ku..

*acececece*

sebernarnya bukan nak kawen lagi pun

ini family aku yang suruh pergi kursus dulu

mereka cakap kemunkinan format kursus kawen bertukar bulan 6 ni

walaupun agak malu tetapi ku telan juga ke malu an tersebut

aku ada ajak member. semua orang gelakkan kan aku…

argh

pakwe pon takde lagi macam mana nak kawen

*garu-garu kepala

 

p/s : nanti kalau aku nak kawen aku hantar kad jemputan ok…hahahahaha

Thursday, March 21, 2013

Aku tak salah

 

Sejak dua menjak nih aku rajin cari pasal dengan semua orang

Bergaduh sana sini macam gangster kampung…padahal tak sedar badan pon sekeping macam papan

Tak tahu punca..Tak tahu salah siapa….Tapi yang pasti aku yang bermasalah…munkin..tapi di cerita pada “pakar kaunseling” konon lah…

Aku tak bersalah…

Teringin…..

Nak jadi orang lain untuk sekejap….

Nak jadi mereka sebab nak rasa apa yang mereka rasa bila dengan aku…

Apa yang tak kena pasal aku…Apa salah aku…

Setakat main The Truth je buat apa… (main pusing botol)

Tak puas…Habis main botol nangeh-nangeh..

Sebab cakap pasal benda lain…

Lol…( Booo pada diri sendiri)

Sekali lagi aku termenung di jendela ..
(Padahal duduk didepan skrin lattop)

Memikirkan apa yang tak kena tentang aku….

Argh…Tak tahu…semuannya nampak “baik”…

Sahabat,

Maafkan aku…
Tegurlah aku…
Marahlah aku…
Tapi jangan kau tumbuk muka ku

Sekiranya aku bermasalah…
Maafkan aku…………………………………………………….

psss : Selamat Ber “ Study Week” … Belajar rajin-rajin kawan…

 

1339512690944_121476

 

*aku tahu aku suka buat muka pelik*
boooo

Friday, February 22, 2013

loqlaq

 

What mean loqlaq?tak tahu?…

18/2/13 (isnin) – dekat kelas

classmate : ko balik erk petang ni?

aku : nape lak aku nak balik?

classmate : esok kan muet

aku : merepek..muet aku bulan 3

lepastu bertekak sampai aku senyap…balik bilik check aah esok aku ada test muet

aku balik malam sampai rumah jam 9.40 kot…study sikit sampai jam 12.30 pastu dah tawakal..

19/2/13

alhamdulilah…boleh jawab(tapi still gagap and cakap merapu merapah)..biasalahh kaaaan

dapat soalan

why student must study hard ( cenggitu lah cuma ayat dia lebih gempak)

1. scholarship

2. compete with friends ( candidate B ..aku)

3. make ur parents proud

4. qualify to enter university

masa task B aku cilok point candidate D… yang number 4 sebab aku tak de idea sangat nak elaborate point aku…

Tips?

1. Study ( baca buku muet)

2. Practise (set time.. 2 minutes write 2 minutes bercakap) –aku practise sorang-sorang je sebab aku practise ngan rumate aku gabra

3. Doa

4. Tawakal dan jangan nebes…ilekk aaa

disebabkan aku buat dekat penang (sekolah) aku tak kenal sesapa pong…jadi aku bawa diri aku sorang-sorang…then, aku tak nak tahu pon siapa yang lain…For me semua orang dekat situ bodoh aku je pandai…HAHAHA…(untuk elak nebes lah)…

nota kaki busuk (moral of story) : tolong jangan loqlaq sangat..lain kali tengok betol-betol jadual benda-benda penting nih…sopp sopp

next muet 9 hb nih…doakan aku dan yang lain…makaseh

Thursday, February 14, 2013

Hebat bukan?

 

Hari ni cukup seminggu aku dekat rumah…

It’s meant tomorrow is my last day at home..

Nama pon cuti…maka cuti lah aku

Aku baru keluarkan buku dari beg pagi tadi..baca satu muka surat petang tadi then menulis malam tadi…

Hebat bukan?

Tanpa rasa bersalah sedikit pon....kikikiki

Aku lupakan seketika pop quiz…assignments dan test…

Maka selamat lah aku bila balik nanti…padan muka…

Jadi lepas ni aku munkin dah jarang update belog…dah jarang baca belog orang…kalau baca munkin jadi silent reader je… sebab sebok sebok sangat menghabiskan kerja yang tertunggak…muahaha

Psss: makaseh la dekat cikqu fiq sebab bagi anugerah….makaseh kerana mengundi saya..(sambil angkat piala)…kui kui kui

319056_10151140932358983_1550804238_n

*alaaa elek aaa dulu..nanti study lerr*

Tuesday, February 12, 2013

Sembang malam

 

Suatu malam, empat perempuan comel berbual kosong di depan tb

mama…(along..kak ipah dan aku)anak-anak

along : ipah nak letak nama anak dia jibrail islam

ipah : nak sebut jibrail ke jibril?

tiba-tiba

mama : “bilaaaa izrail “ ehhhhhh (sambil mendendangkan lagu tersebut dengan muka penuh konfiden)

anak-anak : (semua mata tertumpu dekat mama….lepastu semua pecah gelak)

itu malaikat mauuuuut lah mama…

kah kah kah

pssss : mama seorang yang serious susah untuk bergurau…tapi pandai pulak buat lawak malam-malam…

Monday, February 11, 2013

Selamat Hari Tua Kawan

 

Selamat Hari Tua

Athirah Liyana

yang ke

20

IMG_20130208_105811

aku tak pandai buat video

aku tak pandai edit gambar

yang aku tahu hanya update belog

dan crop gambar kita berempat jadi kita berdua

hebat kan aku?

aku terkilan sebab besday hang jatuh time cuti

kenapa bukan masa tak cuti

aku cadang nak baling tepung

takpelah

ucapan?

Semoga lepasni hang kurang kan sikit cari gadoh dengan aku

Semoga lepasni hang pandai sikit buat lawak
(ini lawak hang aku pon konpius nak gelak ke tak..kang tak gelak merajuk pastu nangeh bawah bantal)

Semoga lepasni hang jangan kacau aku time aku nak tidur atau time aku rajin nak stadi
(aku rasa macam nak belasah je)

Semoga lepas ni hang tak payah nak buat muka kurang kasih sayang sangat
(rasa nak lempang laju laju je)

kah kah kah

itu ucapan main-main..ini ucapan siryes

1. semoga hang berjaya dunia akhirat
(bagi dekan sem ni lagik)

2. Semoga hang berjaya mengorat budak kelas hang yang hang minat tu
(Hapis..Hanif..eh entahlah..kikiki)

akhir sekali

Happy birthday kawan sekolah menengah kebangsaan Dato Onn Butterworth kawan satu unibesiti (UITM KEDAH) kawan satu kolej dan kawan satu bilik

Aku minta maaf sepanjang kita kawan
Makaseh sebab sudi tahan perangai aku walaupon aku tahu hang menyampah gila…kuikuikui

Smile Happy Birthday Smile

(paan-11/2/13)

Thursday, February 7, 2013

Bahagia

 

kalau entri lepas aku post cakap bahagia….entri kali nih bahagia aku ber plus plus plus bahagia..*rasa macam nak terjun katil double dacker nokk*

Semalam aku habis semua test… macam biasa aaaaaa aku study 2 3 jam tapi time exam tak boleh nak jawab jugak…blur then tak cukup masa…sopp sopp

kepala aku pon kemain sakit berdenyut nyut nyut masa buat PERTH diagram…padahal soalan tu aku buat past year 5 soalan kot…

berbalik kepada ayat atas sekali…aku bahagia bukan sebab tak boleh nak jawab exam lulz….aku bahagia sebab sekarang dah dekat rumah…cuti semingguuuuuuuuuuuu sempena CNY …HAHAHAHA

*seronok*

semalam along datang ambil aku dekat unibesiti…aku minta nak drive…penyakit gila stereng aku belum hilang… balik ikot highway pergh tekan minyak teros hilang sakit kepala semua….

*tetapi*

adelah spesis terancam yang suka main cucuk cucuk dengan bawak 60km/j dekat highway…
(wa rasa macam nak langgor je seb baik pakai keta klo pkai lori dah lama wa langgor)

cadang cuti semingguuuu ni memang nak cuti habis habisan…sekali
madam subjek law nak buat pop quiz lepas CNY….dia cakap suka hati dia nak buat bila start dr CNY hingga bulan tiga….

ok..

*hidup aku gelap kejap*

lantak aaaaaa aku nak cuti lantaaaaak aaaaaa quiz je pong…

Tuesday, January 29, 2013

Hai 2013

 

Malam ni lebih bahagia dari malam-malam sebelum ini… Tolong lah faham

Malam ni aku baru boleh update belog kejap oleh disebabkan test economy aku di post pone khamis nih…horaaay (sambil melompat diaatas katil)..

Hari ni cukup 6 hari aku study tanpa henti…perghh…boleh bayang tak result test aku macam mana nanti….konpem cemerlang gemilang dan terbilang….

Hari ni aku ada test bisnes law…law?HAHAHA…HAHAHA…ok rasa nak gelak sambil guling-guling pulak lah…

Aku tak nak cakap banyak pasal bisnes law…orang yang belajar dia tahu lah betapa “indah dan mudah” belajar law…

semalam pulak ada test operational banking….senang sesangat….semua 70 markah…aku konpem 4 markah dalam tangan…best jugak lah goreng kertas OB semalam…berpeluh jugaklah nak jawab…

Yang paling lawak…classmate duduk sebelah aku kemain panjang jawapan dia…tapi sempat lagi tanya jawapan aku….aku dah gelak-gelak kata aku hentaaammmm je…dia nak juga jawapan aku…nah hambek kauu..hambekk hambekk…

Sem nih aku rasa sakit kepala gile…semua subjek aku membaca and satu je mengira…weee budak banking nak baca baca baca memang….ZZZZzzzzz…

Aku masih tak boleh percaya yang tahun nih aku dah doploh….bapak lerr tua..aku tak pernah bayang aku akan jadi tua sebegini…yelaa aku kan adik..adik mesti kena jadi muda…skrang nih dah kemain ramai panggil aku kakak…eh menyampah pulak…

 

 

Friday, December 21, 2012

Bad Day

 

19.12.12

12.30 pm ( lebih kurang)

selepas pulang dari kelas

tergopah gapah mahu pulang ke rumah

akhirnya, terjatuh katil ……………………………….

(nak tarik sarung tilam…katil atas…pijak katil bawah…masa nak turun jari kaki terkepak)

yeay….

sakit

bengkak

lebam kebiruan

sakit macam patah kaki.…pergi klinik…tutup pula…cari klinik lain…

doktor cakap maybe retak… suruh pergi xray

petang pergi klinik lain….xray

2012-12-20 16.25.27

*jari kedua…jari telunjuk kaki*

fuhh selamat tak patah mahupon retak

hari ke 4 – masih sakit dan bengkak serta lebam

rosak cuti mid-term gua…stress….

nota kaki : jangan tergopoh gapah sekiranya tidak sabar mahu pulang ke rumah…

sekian

2012-12-20 16.28.41

*terbang duit rm69 xray dengan painkiller serta ubat bengkak*

pftttt*semboq

Saturday, December 15, 2012

Manusia dusta

Semua orang sama sahaja,
Cakap manis pandai,
Tapi buatnya tidak,
Itulah manusia......

Sudahlah...aku sendiri lagi

Saturday, December 1, 2012

Selamat pulang budak manja

 

hai, *lambai tangan

cuba teka aku dekat mana?…yes, aku dah sampai unibesti petang tadi..

bulan baru…sem baru…azam baru..subjek baru..kotak pensil baru(haha)..pakwe baru..eh eh

aku tak nangis pon…hebat kan?

masih bilik yang sama mcm sem lepas..katil sama..meja study sama…ohsem

cuma suasana berbeza sebab junior aku dayah sambung diploma dekat penang..

i miss her…huhu..

aku ingatkan dapat junior baru…berangan nak panggil dia “adik” then she will call me “kak paan”…hahaha…sweet gileeeeeeeeeeee kan?

ok …mimpi

so dalam bilik ada kita 3 orang jelah… paan.--->me, athirah and fatin syu

2 orang mereka?sekarang?dah tidur

aku? still segar…padan muka..selalu tido 2 3 pagi kan…

esok kelas jam 9-9.50am …. 2pm-4pm then 4pm-6pm…

aku cuma harap lecturer tak masuk macam sem sem lepas…hahaha

nota kaki busuk  : semoga sem ni…lebih baik dari sem lepas..

2012-12-01 23.14.22

*meja study aku aka tempat lepak..awal sem??*

p/s : harap malam nih tak nangis…dah sebulan tidur bawah ketiak mama..anak manja..haha
hope mama pon tak nangis sebab rindu adik..haha

Sunday, November 25, 2012

Kisah hati

 

pergh pergh

tajuk entry dah macam tajuk lagu kan…ekceli aku bukan nak menyanyi or nak melalak pagi-pagi buta ni..(sekarang jam 2.05am)..macam biasa belum tido “tak remajalah tidur awal bro”..hahaha bajet

malam ni tetiba nak karang sebuah cerpen ..sedih sikit lah..(mohon sekotak tisu ada disebelah anda)

Pada suatu hari…nama dia Joyah (bukan nama sebenar).. dia ni pernah la “kawan rapat” dengan sorang mamat ni… kawan punya kawan punya akhir sekali mereka berdua jadi “kawan baik” (mohon faham disitu)..si mamat ni tetiba luah perasaan dekat si joyah..Joyah sebenarnya anggap si mamat tu kawan je sebab dorang ni kawan dari sekolah.. si Joyah pon buat tak tahu jelah sampai si mamat rasa terkilan sebab cinta tak terbalas… sebab kesian dan taknak kehilangan si Joyah pon terima..si Joyah ni bengap sikit sebab dia tak pernah tahu erti cinta tu apa..(konon gadis nerd yang tak pernah bercinta)..

Si mamat ni rajin menghubungi si Joyah dan mengatakan “i lebiu” tapi si Joyah tak pernah pon balas..sebab hati dia ni kering sikit..(tak romantik)…Satu hari, Si joyah rasa makin jauh dengan si mamat dia pun cakap “ ko pasti akan tinggalkan aku” then si Mamat cakap “taaakk taaak i janji”..

Hari berganti hari..mereka makin jauh…Si mamat seperti menjauhkan diri dan akhirnya menghantar sms kepada si Joyah “ i lebih selesa kawan dengan u maafkan i..k bai”..Si joyah pon menreply “oke”..padahal dia tak oke sebab dia tertanya-tanya mana janji si mamat dan kenapa si mamat dah “tak nak kawan” dengan dia lagi… akhirnya joyah keseorang..sampai sekarang dia tertanya apa silap dia sampai mamat buat dia cenggitu…

sedih kan?….huwaaaa..sian Joyah

p/s : cerita tiada kaitan antara hidup dan mati…k bai pergi tido…

nota kaki busuk (moral story) : Jangan nak main janji dengan pompuan..diaorang akan ingat sampai mati.. (eh apesal aku lak yg emo kes joyah ni)..

Wednesday, November 7, 2012

Peristiwa hitam

 

Peristiwa ini berlaku semalam. Selepas solat magrib, tangan ini gatal mengambil telefon bercap sony ericsson disisi gua. Membuka lock lalu membuka phone book.Tertera diskrin “antivirus” lalu membuka send message. Masih gua ingat antivirus bercap kaspersky yang dibeli online pada bulan september masih belum dihantar “key” nya oleh penjual tersebut.

Cikjelly : sy ada beli antivirus pd bulan sept dan skrang masih belum dapat key

Otomen : Huh dah beli?details bayaran?

Cikjelly : Yela dah buat bayaran dan ada hantar resit dkt msg fb…tapi tak dibalas

Otomen : nama dkt fb apa ye?asal awak tak gtau awal² ?

Cikjelly : da mesej banyak kali tapi tak dibalas.sikit lagi nak report.. Cepat sikit !

Otomen : so sory busy keje.btol ke fb awak?betol ke awak send dkt page XXXX? awak send mesej dkt mane?saya tak dapat pape pooooooooooon..

Cikjelly : sekejap..eh ini page XXXX erk ?bukan YYYY?

Otomen : salah lah tu. G la cari dia.

Cikjelly : minta maaf banyak-banyak. Salah ambil number kot.huhu

Gua rasa macam nak masukkan muka dalam sarung bantal je. Gua malu . Gua dah marah-marah dan maki hamun dalam hati..Itu dalam hati..Luar hati “tak guna..pungkoq betol”..ahh macam-macam lagi..

Gua pon pelik macam mana boleh save number orang lain..