Pages

About Me

My photo
kepala batas, penang, Malaysia
22 dan masih bujang..meh la masuk meminang..hantaran honda jazz sejibik dahler..

Thursday, March 21, 2013

Aku tak salah

 

Sejak dua menjak nih aku rajin cari pasal dengan semua orang

Bergaduh sana sini macam gangster kampung…padahal tak sedar badan pon sekeping macam papan

Tak tahu punca..Tak tahu salah siapa….Tapi yang pasti aku yang bermasalah…munkin..tapi di cerita pada “pakar kaunseling” konon lah…

Aku tak bersalah…

Teringin…..

Nak jadi orang lain untuk sekejap….

Nak jadi mereka sebab nak rasa apa yang mereka rasa bila dengan aku…

Apa yang tak kena pasal aku…Apa salah aku…

Setakat main The Truth je buat apa… (main pusing botol)

Tak puas…Habis main botol nangeh-nangeh..

Sebab cakap pasal benda lain…

Lol…( Booo pada diri sendiri)

Sekali lagi aku termenung di jendela ..
(Padahal duduk didepan skrin lattop)

Memikirkan apa yang tak kena tentang aku….

Argh…Tak tahu…semuannya nampak “baik”…

Sahabat,

Maafkan aku…
Tegurlah aku…
Marahlah aku…
Tapi jangan kau tumbuk muka ku

Sekiranya aku bermasalah…
Maafkan aku…………………………………………………….

psss : Selamat Ber “ Study Week” … Belajar rajin-rajin kawan…

 

1339512690944_121476

 

*aku tahu aku suka buat muka pelik*
boooo

Friday, February 22, 2013

loqlaq

 

What mean loqlaq?tak tahu?…

18/2/13 (isnin) – dekat kelas

classmate : ko balik erk petang ni?

aku : nape lak aku nak balik?

classmate : esok kan muet

aku : merepek..muet aku bulan 3

lepastu bertekak sampai aku senyap…balik bilik check aah esok aku ada test muet

aku balik malam sampai rumah jam 9.40 kot…study sikit sampai jam 12.30 pastu dah tawakal..

19/2/13

alhamdulilah…boleh jawab(tapi still gagap and cakap merapu merapah)..biasalahh kaaaan

dapat soalan

why student must study hard ( cenggitu lah cuma ayat dia lebih gempak)

1. scholarship

2. compete with friends ( candidate B ..aku)

3. make ur parents proud

4. qualify to enter university

masa task B aku cilok point candidate D… yang number 4 sebab aku tak de idea sangat nak elaborate point aku…

Tips?

1. Study ( baca buku muet)

2. Practise (set time.. 2 minutes write 2 minutes bercakap) –aku practise sorang-sorang je sebab aku practise ngan rumate aku gabra

3. Doa

4. Tawakal dan jangan nebes…ilekk aaa

disebabkan aku buat dekat penang (sekolah) aku tak kenal sesapa pong…jadi aku bawa diri aku sorang-sorang…then, aku tak nak tahu pon siapa yang lain…For me semua orang dekat situ bodoh aku je pandai…HAHAHA…(untuk elak nebes lah)…

nota kaki busuk (moral of story) : tolong jangan loqlaq sangat..lain kali tengok betol-betol jadual benda-benda penting nih…sopp sopp

next muet 9 hb nih…doakan aku dan yang lain…makaseh

Thursday, February 14, 2013

Hebat bukan?

 

Hari ni cukup seminggu aku dekat rumah…

It’s meant tomorrow is my last day at home..

Nama pon cuti…maka cuti lah aku

Aku baru keluarkan buku dari beg pagi tadi..baca satu muka surat petang tadi then menulis malam tadi…

Hebat bukan?

Tanpa rasa bersalah sedikit pon....kikikiki

Aku lupakan seketika pop quiz…assignments dan test…

Maka selamat lah aku bila balik nanti…padan muka…

Jadi lepas ni aku munkin dah jarang update belog…dah jarang baca belog orang…kalau baca munkin jadi silent reader je… sebab sebok sebok sangat menghabiskan kerja yang tertunggak…muahaha

Psss: makaseh la dekat cikqu fiq sebab bagi anugerah….makaseh kerana mengundi saya..(sambil angkat piala)…kui kui kui

319056_10151140932358983_1550804238_n

*alaaa elek aaa dulu..nanti study lerr*

Tuesday, February 12, 2013

Sembang malam

 

Suatu malam, empat perempuan comel berbual kosong di depan tb

mama…(along..kak ipah dan aku)anak-anak

along : ipah nak letak nama anak dia jibrail islam

ipah : nak sebut jibrail ke jibril?

tiba-tiba

mama : “bilaaaa izrail “ ehhhhhh (sambil mendendangkan lagu tersebut dengan muka penuh konfiden)

anak-anak : (semua mata tertumpu dekat mama….lepastu semua pecah gelak)

itu malaikat mauuuuut lah mama…

kah kah kah

pssss : mama seorang yang serious susah untuk bergurau…tapi pandai pulak buat lawak malam-malam…

Monday, February 11, 2013

Selamat Hari Tua Kawan

 

Selamat Hari Tua

Athirah Liyana

yang ke

20

IMG_20130208_105811

aku tak pandai buat video

aku tak pandai edit gambar

yang aku tahu hanya update belog

dan crop gambar kita berempat jadi kita berdua

hebat kan aku?

aku terkilan sebab besday hang jatuh time cuti

kenapa bukan masa tak cuti

aku cadang nak baling tepung

takpelah

ucapan?

Semoga lepasni hang kurang kan sikit cari gadoh dengan aku

Semoga lepasni hang pandai sikit buat lawak
(ini lawak hang aku pon konpius nak gelak ke tak..kang tak gelak merajuk pastu nangeh bawah bantal)

Semoga lepasni hang jangan kacau aku time aku nak tidur atau time aku rajin nak stadi
(aku rasa macam nak belasah je)

Semoga lepas ni hang tak payah nak buat muka kurang kasih sayang sangat
(rasa nak lempang laju laju je)

kah kah kah

itu ucapan main-main..ini ucapan siryes

1. semoga hang berjaya dunia akhirat
(bagi dekan sem ni lagik)

2. Semoga hang berjaya mengorat budak kelas hang yang hang minat tu
(Hapis..Hanif..eh entahlah..kikiki)

akhir sekali

Happy birthday kawan sekolah menengah kebangsaan Dato Onn Butterworth kawan satu unibesiti (UITM KEDAH) kawan satu kolej dan kawan satu bilik

Aku minta maaf sepanjang kita kawan
Makaseh sebab sudi tahan perangai aku walaupon aku tahu hang menyampah gila…kuikuikui

Smile Happy Birthday Smile

(paan-11/2/13)

Thursday, February 7, 2013

Bahagia

 

kalau entri lepas aku post cakap bahagia….entri kali nih bahagia aku ber plus plus plus bahagia..*rasa macam nak terjun katil double dacker nokk*

Semalam aku habis semua test… macam biasa aaaaaa aku study 2 3 jam tapi time exam tak boleh nak jawab jugak…blur then tak cukup masa…sopp sopp

kepala aku pon kemain sakit berdenyut nyut nyut masa buat PERTH diagram…padahal soalan tu aku buat past year 5 soalan kot…

berbalik kepada ayat atas sekali…aku bahagia bukan sebab tak boleh nak jawab exam lulz….aku bahagia sebab sekarang dah dekat rumah…cuti semingguuuuuuuuuuuu sempena CNY …HAHAHAHA

*seronok*

semalam along datang ambil aku dekat unibesiti…aku minta nak drive…penyakit gila stereng aku belum hilang… balik ikot highway pergh tekan minyak teros hilang sakit kepala semua….

*tetapi*

adelah spesis terancam yang suka main cucuk cucuk dengan bawak 60km/j dekat highway…
(wa rasa macam nak langgor je seb baik pakai keta klo pkai lori dah lama wa langgor)

cadang cuti semingguuuu ni memang nak cuti habis habisan…sekali
madam subjek law nak buat pop quiz lepas CNY….dia cakap suka hati dia nak buat bila start dr CNY hingga bulan tiga….

ok..

*hidup aku gelap kejap*

lantak aaaaaa aku nak cuti lantaaaaak aaaaaa quiz je pong…

Tuesday, January 29, 2013

Hai 2013

 

Malam ni lebih bahagia dari malam-malam sebelum ini… Tolong lah faham

Malam ni aku baru boleh update belog kejap oleh disebabkan test economy aku di post pone khamis nih…horaaay (sambil melompat diaatas katil)..

Hari ni cukup 6 hari aku study tanpa henti…perghh…boleh bayang tak result test aku macam mana nanti….konpem cemerlang gemilang dan terbilang….

Hari ni aku ada test bisnes law…law?HAHAHA…HAHAHA…ok rasa nak gelak sambil guling-guling pulak lah…

Aku tak nak cakap banyak pasal bisnes law…orang yang belajar dia tahu lah betapa “indah dan mudah” belajar law…

semalam pulak ada test operational banking….senang sesangat….semua 70 markah…aku konpem 4 markah dalam tangan…best jugak lah goreng kertas OB semalam…berpeluh jugaklah nak jawab…

Yang paling lawak…classmate duduk sebelah aku kemain panjang jawapan dia…tapi sempat lagi tanya jawapan aku….aku dah gelak-gelak kata aku hentaaammmm je…dia nak juga jawapan aku…nah hambek kauu..hambekk hambekk…

Sem nih aku rasa sakit kepala gile…semua subjek aku membaca and satu je mengira…weee budak banking nak baca baca baca memang….ZZZZzzzzz…

Aku masih tak boleh percaya yang tahun nih aku dah doploh….bapak lerr tua..aku tak pernah bayang aku akan jadi tua sebegini…yelaa aku kan adik..adik mesti kena jadi muda…skrang nih dah kemain ramai panggil aku kakak…eh menyampah pulak…

 

 

Friday, December 21, 2012

Bad Day

 

19.12.12

12.30 pm ( lebih kurang)

selepas pulang dari kelas

tergopah gapah mahu pulang ke rumah

akhirnya, terjatuh katil ……………………………….

(nak tarik sarung tilam…katil atas…pijak katil bawah…masa nak turun jari kaki terkepak)

yeay….

sakit

bengkak

lebam kebiruan

sakit macam patah kaki.…pergi klinik…tutup pula…cari klinik lain…

doktor cakap maybe retak… suruh pergi xray

petang pergi klinik lain….xray

2012-12-20 16.25.27

*jari kedua…jari telunjuk kaki*

fuhh selamat tak patah mahupon retak

hari ke 4 – masih sakit dan bengkak serta lebam

rosak cuti mid-term gua…stress….

nota kaki : jangan tergopoh gapah sekiranya tidak sabar mahu pulang ke rumah…

sekian

2012-12-20 16.28.41

*terbang duit rm69 xray dengan painkiller serta ubat bengkak*

pftttt*semboq

Saturday, December 15, 2012

Manusia dusta

Semua orang sama sahaja,
Cakap manis pandai,
Tapi buatnya tidak,
Itulah manusia......

Sudahlah...aku sendiri lagi

Saturday, December 1, 2012

Selamat pulang budak manja

 

hai, *lambai tangan

cuba teka aku dekat mana?…yes, aku dah sampai unibesti petang tadi..

bulan baru…sem baru…azam baru..subjek baru..kotak pensil baru(haha)..pakwe baru..eh eh

aku tak nangis pon…hebat kan?

masih bilik yang sama mcm sem lepas..katil sama..meja study sama…ohsem

cuma suasana berbeza sebab junior aku dayah sambung diploma dekat penang..

i miss her…huhu..

aku ingatkan dapat junior baru…berangan nak panggil dia “adik” then she will call me “kak paan”…hahaha…sweet gileeeeeeeeeeee kan?

ok …mimpi

so dalam bilik ada kita 3 orang jelah… paan.--->me, athirah and fatin syu

2 orang mereka?sekarang?dah tidur

aku? still segar…padan muka..selalu tido 2 3 pagi kan…

esok kelas jam 9-9.50am …. 2pm-4pm then 4pm-6pm…

aku cuma harap lecturer tak masuk macam sem sem lepas…hahaha

nota kaki busuk  : semoga sem ni…lebih baik dari sem lepas..

2012-12-01 23.14.22

*meja study aku aka tempat lepak..awal sem??*

p/s : harap malam nih tak nangis…dah sebulan tidur bawah ketiak mama..anak manja..haha
hope mama pon tak nangis sebab rindu adik..haha

Sunday, November 25, 2012

Kisah hati

 

pergh pergh

tajuk entry dah macam tajuk lagu kan…ekceli aku bukan nak menyanyi or nak melalak pagi-pagi buta ni..(sekarang jam 2.05am)..macam biasa belum tido “tak remajalah tidur awal bro”..hahaha bajet

malam ni tetiba nak karang sebuah cerpen ..sedih sikit lah..(mohon sekotak tisu ada disebelah anda)

Pada suatu hari…nama dia Joyah (bukan nama sebenar).. dia ni pernah la “kawan rapat” dengan sorang mamat ni… kawan punya kawan punya akhir sekali mereka berdua jadi “kawan baik” (mohon faham disitu)..si mamat ni tetiba luah perasaan dekat si joyah..Joyah sebenarnya anggap si mamat tu kawan je sebab dorang ni kawan dari sekolah.. si Joyah pon buat tak tahu jelah sampai si mamat rasa terkilan sebab cinta tak terbalas… sebab kesian dan taknak kehilangan si Joyah pon terima..si Joyah ni bengap sikit sebab dia tak pernah tahu erti cinta tu apa..(konon gadis nerd yang tak pernah bercinta)..

Si mamat ni rajin menghubungi si Joyah dan mengatakan “i lebiu” tapi si Joyah tak pernah pon balas..sebab hati dia ni kering sikit..(tak romantik)…Satu hari, Si joyah rasa makin jauh dengan si mamat dia pun cakap “ ko pasti akan tinggalkan aku” then si Mamat cakap “taaakk taaak i janji”..

Hari berganti hari..mereka makin jauh…Si mamat seperti menjauhkan diri dan akhirnya menghantar sms kepada si Joyah “ i lebih selesa kawan dengan u maafkan i..k bai”..Si joyah pon menreply “oke”..padahal dia tak oke sebab dia tertanya-tanya mana janji si mamat dan kenapa si mamat dah “tak nak kawan” dengan dia lagi… akhirnya joyah keseorang..sampai sekarang dia tertanya apa silap dia sampai mamat buat dia cenggitu…

sedih kan?….huwaaaa..sian Joyah

p/s : cerita tiada kaitan antara hidup dan mati…k bai pergi tido…

nota kaki busuk (moral story) : Jangan nak main janji dengan pompuan..diaorang akan ingat sampai mati.. (eh apesal aku lak yg emo kes joyah ni)..

Wednesday, November 7, 2012

Peristiwa hitam

 

Peristiwa ini berlaku semalam. Selepas solat magrib, tangan ini gatal mengambil telefon bercap sony ericsson disisi gua. Membuka lock lalu membuka phone book.Tertera diskrin “antivirus” lalu membuka send message. Masih gua ingat antivirus bercap kaspersky yang dibeli online pada bulan september masih belum dihantar “key” nya oleh penjual tersebut.

Cikjelly : sy ada beli antivirus pd bulan sept dan skrang masih belum dapat key

Otomen : Huh dah beli?details bayaran?

Cikjelly : Yela dah buat bayaran dan ada hantar resit dkt msg fb…tapi tak dibalas

Otomen : nama dkt fb apa ye?asal awak tak gtau awal² ?

Cikjelly : da mesej banyak kali tapi tak dibalas.sikit lagi nak report.. Cepat sikit !

Otomen : so sory busy keje.btol ke fb awak?betol ke awak send dkt page XXXX? awak send mesej dkt mane?saya tak dapat pape pooooooooooon..

Cikjelly : sekejap..eh ini page XXXX erk ?bukan YYYY?

Otomen : salah lah tu. G la cari dia.

Cikjelly : minta maaf banyak-banyak. Salah ambil number kot.huhu

Gua rasa macam nak masukkan muka dalam sarung bantal je. Gua malu . Gua dah marah-marah dan maki hamun dalam hati..Itu dalam hati..Luar hati “tak guna..pungkoq betol”..ahh macam-macam lagi..

Gua pon pelik macam mana boleh save number orang lain..

Sunday, November 4, 2012

Perasaan

 

Tak suka bila begini

1.tiba-tiba kena marah tanpa sebab.
bukan salah kita pong

2. orang tak percaya apa yang kita cakap.
padahal tak tipu pong

3. orang yang tak pegang pada janji
janji macam keling

4. orang ignore kat kita
kata lain cakap sorang-sorang kan?????????

 

 

p/s : hargailah manusia sekeliling anda…sebelum dia pergi untuk selama-lamanya ..

Saturday, October 27, 2012

I hate love story

 

(entry ni aku banyak guna perkataan gila so gantikan dengan comel..makaseh..)

ekceli, baru habes tengok cita hindustan…

tajuk dia i hate love story…

hero dia kacak…haha

ok…

aku ada minat sorang mamat nih….nama dia “rahsia” (malu)

masa musim final exam hari itu

aku gadoh dengan roommate aku….nama dia insan

dia feeling apa tah nak sangat balik rumah…sampai nangeh-nangeh

lepastu aku ada cabar insan “mesej la si mamat tu kalo berani cakap aku suka dia”

insan buat sungguh…demmm (aku tak sangka sebab masa tu dia dok feeling)

“salam,kaki awak dah ok?” (bukan cara aku)

siang sebelumnya aku jumpa dia dekat unit kesihatan…kaki dia sakit…

bermulalah saat aku terseksa..insan masa tu dah balik rumah..

mereply mesej dia satu persatu…mengambil masa setengah jam untuk aku pikir apa yang aku nak reply…

dia tanya aku sapa…macam mana tahu dia sakit kaki…and bla bla

and aku reply “abaikan jelah..pergilah study…bla bla”

dia tak puas hati…and call aku 2 kali..

for sure lah aku tak angkat…gila…gila

oke..aku ngaku aku suka cara dia..tapi tapi akan perigi nak cari timba kot…

and kawan-kawan aku mestilah suruh…mesej lah dengan dia…mesej lah dengan dia..

siap cari dekat fb lagi…tengok muka dia..then “aku restu…aku restu”

gila betol….kawan-kawan aku….ahaha

Untitled

p/s : tak semestinya orang yang kau suka…akan jadi milik kau kan…eh tapi cita hindustan tadi..happy ending….demm demm…

 

 

Wednesday, October 24, 2012

Typical student malaysia

 

aku perasan benda nih

dah lama sejak aku tadika lagi

eh…

selalunya masa musim exam

bila dapat kertas exam…..

kawan sebelah kanan kiri..belakang…depan kau sebok

cuit-cuit..ngendap-ngendap….kertas exam kau

“hang dapat berapa weh?fail ka?”

pfttttttttttttt…..pfttttttttttttttt

apesal lu nak sebok gua dapat berapa….

aku dari tadika sampai la masuk U…

siryesli aku tak tipu….tak tipu gua cakap lu

tak suka orang tanya result aku…and aku tak suka tanya result orang lain

aku jenis…yang dapat result tengok sekilas…then masuk terus dalam beg…

balik rumah baru lah aku tengok…apelah bongok sangat soalan senang

8+1 pon aku tak reti jawab…ooo nih careless nih…(masa tadika lah)…huhu

motif…kau tanya result orang lain??

“wooo,ada lagi orang bodoh dari aku rupanya”

“fuhh…dia fail lah…aku tak”

“selamat result aku lagi tinggi dari dia”

what da pak…(aku tak reti mencarot)

bagi aku…..

aku lah paling bodoh….aku lah dapat result paling teruk…jadi lepasni aku kena pulun lagi bagi dapat result lagi gempak

tapi tak jugak

kekadang kalo aku dah study pastu result aku macam tak study

aku pikir

aku tak teruk…ada orang lagi teruk dari aku…so terima jelah…rezeki nih…sekali je fail..lepasni tak dah fail….huhuhu

kadang-kadang kita kena think positive or negative…ikot masa lah

munkin kawan-kawan aku tak penah faham kenapa bila dapat result aku selalu diam je

then cakap “rahsiaa”….tak kisah la result aku masa tu tinggi ke rendah…..

sebab aku tak suka…tak suka orang sebok…and aku tak suka orang ambil tahu pasal aku…

 

p/s : aku harap ada classmates aku yang baca pasal entry nih…supaya dorang faham aku…

aku tahu aku pelik…tapi memang aku pelik pun…HAHAHAHAHAHA

 

2012-02-18 09.48.17

*classmates yang bijak-bijak meninggalkan aku dibelakang*

sop sop sop

 

Saturday, October 20, 2012

ketagih sudah

 

apa yang patut aku buat nih??

sudah ketagih….

aku tahu benda nih tak elok…tak baik..untuk masa depan aku…

but what should i do???

boleh tak korang tolong nasihat kan aku supaya

aku stop KEJAP

tengok cita adamhawa

HAHAHAHAHAHA

dari petang semalam hingga tengah malam….aku melayan citee nih jee…

tapi baru episode 18 lah…hahahaha

yela aku kan baru habis final exam…manelah sempat layan…masa dekat hostel sempat tengok 6 episode je…

oke bai…nak pergi sambung tengok…*bukannye nak pergi tido..hahaha

p/s : pergh kacak jugak si Joe tuu….kikikiki

kk

Thursday, October 18, 2012

merdeka…

 

Alhamdulilah….finally habis jugak final exam untuk semester 3..

habis paper 16 september then 17 september baru balik rumah sebab lepas exam lepak pantai merdeka kejap…kononnya release tension…konon jelah..

kena buli dengan adik member aku..umur dia 7 tahun..menangis aku kat situ…
apa citer?…masa tengah nikmati abc…aziem (adik member) pergi ambil kucing then letak atas riba aku..kucing tu pulak cakar-cakar badan aku…

satu benda pasal aku…

aku takot dengan kucing….fullstop

jangan tanya…ape pasal takot maaa?

dah takot..nak buat macam mane maaa…

sekarang 2.33 am …masih belum diulit mimpi indah..
semalam tido bangun tengah hari lepas zuhur sambung sampai asar…
bahagia gilaa hidup lepas exam….hahahaha

oke bai..

 

2012-10-16 16.44.22

p/s : sedap wee….

Monday, October 8, 2012

IM back…

 

Mula-mula aku cadang

nak pencen dah dari berblog

sebab tu aku update pasal

“varsity jacket”…oke minta maaf

aku baru mula berniaga..jadi strategi berniaga tu “fail” la sikit

setakat belajar marketing sem lepas..and i got B…hahahaha

aku akan lebih siryes pasal bisnes nih cuti sem akan datang..lagi 2 minggu..

aku cadang nak buat blog lain untuk bisnes..sebab blog ni aku nak merapu..

aku tak boleh hidup…sebab tak ada tempat nak merapu…blog bagaikan nyawa aku…

tau tak? aceee ayat..

sebenarnya,

aku tengah stress nih

stress sangat…

k bai ……………………..

 

 

Sunday, August 19, 2012

PRE ORDER JACKET (VARSITY JACKET)


1.VARSITY JACKET “A” DESIGN

EWC291-21_8EWC291-21_4
price : RM69

7

2.VARSITY JACKET “R” DESIGN
EWC284-21_7EWC284-21_9EWC284-21_12
price: RM62

5

3.VARSITY JACKET “M” DESIGN
EC1023_3
price:RM67

8

4.NUMBER DESIGN VARSITY JACKET
EWC323-21_2EWC343-21_1
price: RM65

1

5.VARSITY JACKET “TWINS BADGE” DESIGN
EWC283-21_1EWC283-21_2EWC283-21_12
price: RM65

4

6. ROLLING STONE JACKET
EWC290-21_5
price:RM70

6

7. BASEBALL JACKET STYLE
EWC345-01_1EWC345-01_2



price:RM56

2

P/s : Untuk tempahan anda boleh mengambil kod seperti didalam gambar di atas. Contoh : 114(BASEBALL JACKET STYLE)size s,113(ROLLING STONE JACKET)size M .
Sebarang pertanyaan boleh email di farhanaibrahim93@gmail.com. Terima kasih

TEMPAHAN BUAT MASA INI TELAH DITUTUP ....(14/1/13 - 30/4/13)
(sibuk sikit...harap maklum)

Sunday, August 5, 2012

Tak tahu nak letak tajuk apooo

 

2 3 menjak nih…aku dah jarang giler buka blog…

ekceli mood nak merepek takde…lagipun aku tak tau nak share apa…

kang aku buat diari…cite hari nih makan nasi lauk ayam…semalam sembelit teruk..tadi ada orang ngorat aku sambil buat bunyi tikus mondok “wewitt”…minggu lepas test,aku tak boleh jawab dan hentamm jeeee…kucing bergaduh pukul empat pagi…

korang muntah pulak kang…jadah apa blog nih…hahaha

tapi lantak aku lah…blog aku…aww aww

sekarang nih aku tak berapa nak sihat sangat…batuk dah 3 minggu lebih…ubat pong dah berbotol-botol..

membuat kan aku tak bersemangat nak teruskan hidup nie….aceeee…

tak de lah sampai give up nak hidup…jadah apooo…

batuk kering jeee…bukannya kanser otak ke..kanser kulit ke….

nota kaki busuk : doakan aku cepat sembuh…kalau blog aku tak update lebih dari sebulan tu…paham-paham jelaaa…tolong la sedekah al-fatihah ngan surah yasin…hehe…

and aku nak minta maaf kalo aku dah buat salah…

1331339351631

*candid*

aku rindu aku yang lama

gelak besar…senyum besar..suara besar..eh eh tu suara sekarang..aku rindu suara merdu dulu..sobs sobs sobs